Panduan Pemilihan Penghawa Dingin aka Air Conditioner @ ekon

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Apasal tetiba aku citer pasal air cond atau dalam bahasa kebangsaannya dipanggil Penghawa Dingin. Actually, air cond dalam bilik aku dah rosak. Rosak yang memang dah tahap tak boleh diselamatkan lagi. Aduhh… sekarang ni udahlah musim panas, jadi satu tindakan drastik perlu dilakukan untuk mengelakkan kesusahan untuk tidur malam. So, setelah berbincang dengan parents aku, aku cadangkan kat diaorg untuk menukar saja aircond yang lama itu kepada yang baru. Hahaha.. apalah punya anak kan.. tapi apakan daya, aku memang tak tahan panas (ececece.. mengada penampo skali baru tahu.. Panggggggg! nah amik ko!).

Aircond lama tu memang dah lama pakai, sejak sebelum pindah rumah ni lagi. Kalau tak salah aku dari form 3 (2006) mungkin. So bayangkanlah dah berapa tahun tu dan memang patut pun dia rosak sebab aku memang tak berapa puas hati dengan aircond tu sebenarnya.  Korang pernah dengar tak barang letrik jenama Mistral? Haa.. aircond lama aku jenis Mistral la.  Mungkin pernah dengar dan dalam fikiran korang err apakah itu Mistral macam tak pemes saja!?? Kalau korang pernah dgr dan mmg menggunakan peralatan elektrik dari jenama Mistral, mohon abaikan jelah statement aku tadi okeh. Ayah aku beli ekon Mistral tu time promotion, RM700 siap pasang kita tak tau apa2. Murah giler dan kualiti dia pun murahlah skali.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali, beberapa faktor perlu diambil dalam pemilihan unit penghawa dingin yang baru, antaranya ialah; (ayat skema mcm nak buat karangan spm)

  • Jimat letrik 

Ni lah point yang paling penting! Aku perasan yang aircond lama tu memang tak berapa nak menjimatkan letrik. Bil letrik rumah aku adalah dalam average RM70-RM120 sebulan dan memang tak pernah lebih dan juga kurang dari itu. See, agak tinggi kan dan aku tau memang aircond adalah punca utamanya. Tanya jelah mana2 orang yang ada aircond kat rumah, confirm bill letrik mesti paling koman pun RM60 ke atas. Tu paling koman ye. Mungkin dia bukan jenis yang pasang tetiap malam dan setakat dua hingga tiga jam je untuk satu sessi. Mcm mana pula untuk kes yang pasang aircond tetiap malam dan seolah-olah tiada hari esok? Mau bil letrik beratus2 eh silap-silap beribu kan. Please jgn terkujat dan terharu sebab aku ada baca kat satu forum hari tu, rumah mamat ni tetiap bilik+ruang tamu pun ada aircond, bil letrik dia sebulan average dalam RM300 hingga pernah mencecah RM600 sebulan! Gila kentang betul tapi aku bet mamat tu mesti kayes rayes punya la. Kalau mampu pasang ekon berkoyan-koyan kat rumah, pasang pula hampir setiap masa, jadi mesti mampu juga untuk memberi ‘sumbangan’ yang-tak-berapa-ikhlas kepada TNB setiap bulan kan. Tgk poket la derrr.

Based on pembacaan aku, kebanyakan aircond berjemana terkenal memang boleh dikatakan agak menjimatkan letrik. Ekon sekarang bukan mcm zaman dulu tapi as usual, tgk jugaklah mcm mana style penggunaan korang dan jugak berapa bijik ekon dalam sesebuah rumah itu. Makin banyak ekon, and at the same time bukan serentak untuk suatu jangka masa yang agak lama, sudah semestinya memang dah tak berapa jimat. Ada beberapa functions yang diberikan kepada aircond untuk fungsi penjimatan elektrik antaranya yang paling famous sudah semestinya dikenali sebagai fungsi ‘Inverter’. Malas nak terangkan apa fungsi inverter ni sebab aku sendiri tak tau tapi kalau ikut layman terms, inverter ni adalah suatu cip atau processor yang di’couple’ kan sekali dengan compressor ekon tu.

Katanya…..

Compressor ni pulak adalah salah satu komponen kat outdoor unit ekon korang. Alah, yang macam kotak besi besar empat segi and ada kipas angin dalam dia tu. Kat situlah tulah compressor menetap. Processor ni akan mengawal aktiviti compressor berdasarkan suhu dan keadaan persekitaran ekon tu. Compressor akan sentiasa bekerja, tapi dikawal aliran tenaganya oleh processor yang disebutkan tadi. Berlainan pulak dengan aircond biasa yang compressor hanya ada istilah ‘on dan off’ sahaja.  Kalau aircond dah capai suhu yang ditetapkan, otomatik compressor akan berhenti kerja. Bila suhu naik sikit, compressor akan bekerja balik untuk catch up dengan suhu yang ditetapkan oleh kita kat remote control tu. Nak memastikan compressor tu bekerja balik memang memerlukan tenaga elektrik yang tinggi.


Ini bukan compressor, tapi outdoor unit. Compressor menetap dalam ni.

Ini bukan compressor, tapi outdoor unit. Compressor menetap dalam ni. Fungsi kipas tu adalah untuk mengeluarkan udara panas… 

Errr… faham ke ni? Kalau tak faham pun tak kesah pasal benda ni bukan masuk exam pun kan. Lantaklah bhaiii.  Nah, di sini kelebihan inverter untuk menjimatkan tenaga elektrik. Lagi satu, mostly peralatan letik kat Malaysia ni ada star rating in the terms of penjimatan tenaga elektrik, dari 1 hingga 5 bintang. Kalau untuk aircond, dinasihatkan beli yang dapat at least 4 bintang atau paling awesome 5 bintang. Boleh rujuk kat SINI untuk penarafan bintang peralatan letrik kat Malaysia ni.

  • Tak bising dan cepat Sejuk

Sanggup ke menghadapi hari-hari derita sebegini dengan penghawa dingin anda?

Wah, tadi kata nak ekon yang menjimatkan letrik, tiba-tiba yang nak cepat sejuk pula. Bila cepat sejuk, mestilah makan letrik kan… Hahaha. Cakap berbelit-belit. Tapi tulah, kena tengok macam mana efisyen nya aircond tu. Ada sesetengah aircond memang lambat sejuk. Based on pembacaan aku, jenama York memang antara yang cepat sejuk tapi masalahnya dia agak bising  dan aku mengakuinya memang tepat dan jitu! Jiran sebelah kiri dan kanan umah aku both of them pakai York, duduk pulak rumah teres yang saling bercantum antara satu sama lain. Masyaallah.. bila diaorg bukak aircond aku rasa memang setaman boleh dengar.. Gronggg grangggg gronnggg grannggg macam tengah berpesta kat kilang besi pula (metafora tak boleh bla =.=) Masa pakai Mistral tu rumah aku pun turut sama ‘berpesta’.., tapi lagi hebat dow! Hahahaha… So faktor aircond yang tak bising memang penting, motif pakai aircond adalah untuk menyamankan tidur malam kita, ni tak memasal tak boleh tidur pulak sebab gangguan bising dari ekon tersebut. Tak patut… tak patut. 

  • Kuasa Kuda (Horse Power)

Mari belajar Sains Comot

Kuasa kuda? Nk race kuda kah?? Eh bukan, tidak tepat sama sekali. Kuasa kuda di sini merujuk kepada kuasa sesebuah aircond tu dalam menyejukkan sesuatu ruang. Nak pilih aircond ni kena tengok jugak size bilik tidur or ruang tamu yang korang nak sejukkan tu. Semakin besar ruang, semakin tinggi jugak kuasa kuda (bahasa omputih; HP – Horse power) yang korang perlukan untuk menyejukkan ruang tersebut. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang, kena just nice. Tapi keadaan akan menjadi lebih parah kalau kurang kuasa bila ekon akan bekerja dengan lebih teruk sebab nk catch up dengan suhu yg kita tetapkan, so apa jadi bila ekon bekerja lebih dari kemampuan dia? Surely balik kpd point pertama tadi iaitu bil letrik yang tinggi dan juga ekon akan cepat rosak kan. Kuasa kuda ekon ni ada macam2, tapi yang paling common untuk rumah selalunya 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Ada jugak yg lebih dari tu tapi aku rasa unless rumah korang sebesar dewan parlimen boleh la kot pakai yang lebih dari 2.5HP tu ataupun korang memang gedik sebab duit berkepuk just keep on jelah pakai ekon besar-besar dlm rumah okeh. Untuk tahu kapasiti kuasa aircond yg korang perlukan, just google je ‘air conditioner size calculator’. Macam kes aku, since bilik tidur kecik jadi aircond berkuasa 1.0HP dah lebih dari cukup.

  • Harga dan Jenama 

Personally kan, aku rasa faktor harga ni lah yang PALING UTAMA kan sebenarnya. Kalau korang nak pakai aircond memahal, yang ada memacam fungsi macam ion-generator, intelligent inverter, penapis habuk, plasma bla bla ntah-aku-pun-tak-tau, econavi dan memacam lagilah ‘marketing gimmick’ para pengeluar aircond ni, mesti harga dia pun akan menjadi semantop fungsi-fungsi yang disebutkan tadi kan. Bila harga dah mantop, tapi adehh poket pulak tak mantop, mesti kita terpaksa melupakan saja hasrat untuk memiliki benda tersebut dan pasrah dengan aircond yang biasa dan basic saja asalkan sejuk sudah (ayat nk sedapkan hati).  Beli aircond, kena tengok budget dan nasihat aku, rajin-rajinlah survey segala kedai yang korang rasa ada jual aircond. Standard harga aircond (yang paling basic) kat kawasan aku ni kalau jenama York tu RM970 dah termasuk pemasangan standard. Panasonic pulak mahal RM30 bersamaan RM1000. Survey je dan buatlah muka tebal dengan menjelajah ke kedai-kedai tersebut. Again, please kalau boleh elakkan dari beli aircond kat kedai2 letrik yg famous macam Seng Heng sebab aku tengok harga dia memang lebih mahal dari biasa kekadang. Bab-bab aircond ni better beli kat kedai kecik2 yang memang specialize dalam bidang aircond je. Kat Seng Heng kalau nk dapat aircond York sekali pasang RM970 memang harapan jelah… Semua 1K ke atas BELUM TERMASUK PEMASANGAN.

See kan aku dah cakap, harga kat Seng Heng agak mahal dari kedai biasa...

See kan aku dah cakap, harga kat Seng Heng agak mahal dari kedai biasa…

Kalau aircond inverter, heheheheh… bersedia untuk membayar harga yang lebih padu dan mantop yang memang tahap boleh merabakkan poket korang. Asal ada je fungsi inverter, memang mahal tambah2 kalau cap mohor Panasonic. Aircond yang aku beli semalam, Panasonic Inverter 1.0HP, ekon dia saja dah RM1.2K (ni pun dah jenuh nego dgn kedai tu, harga asal memang nak dekat RM1.4K something) –  campur pemasangan RM200. So total damaged adalah RM1.4K. Ini untuk 1HP saja tapi as usual semua fungsi2 yang aku sebut mcm penapis udara, econavi apa bagai tu memang dah sedia ada padanlah kan dengan harga dia. Harga up dua kali ganda dari ekon aku yang lama dulu (encik Mistral). Aircond Inverter agak ‘special’ sikit that’s why kos pemasangan dalam average RM200. Katanya piping tembaga lebih tebal dan gas penyejuk yg digunakan jugak lain dari yg lain.

Pemasangan standard tu pulak bermaksud korang dah ada ready socket plug untuk punca kuasa aircond tu dan jarak ‘piping’ tembaga tersebut tak lebih dari 10 kaki. Kalau takde plug point, as usual la kan kena tambah duit lagi, kalau tak salah RM120 untuk satu plug point dan ditakdirkan jugak jarak compressor dengan indoor unit jauh berbatu2, again tambah duit lagi, satu kaki extra RM12. Tembaga kan mahal… so pasrah jelah. See, kos untuk pasanga aircond kat rumah memang agak mahal sebenarnya. Korang yang duduk rumah yg always sokmo sejuk 24×7 tu patut bersyukur (selalunya umah kampung yg papan mmg sejuk) sebab tak payah pasang aircond yang mahal ini! Jimat letrik lagi!

Citer bab jenama pulak, as usual lah memacam pendapat yang kita dengar. Jenama aircond kat Malaysia ni yang paling famous memang selalu org sebut York lah kan disamping jenama lain macam Panasonic, Acson, LG, Samsung, Daikin, Mitsubishi (bilik lecturer blok D kat uitm mache mmg semua pakai brand Mitsubishi tu, nk menyelit jugak kan pasal uitm mache.. haha) dan termasuk jugak beberapa jenama cap ayam tak famous macam Midea, Fujiaire, Mistral etc etc. Si A kata ekon Panasonic tak sejuk, si B pulak kata ekon York bising, si C pulak kata ekon Samsung elok, si D pulak kata ekon Panasonic elok, si E pulak kata Daikin la yang paling awesome sebab famous kat Singapore, Thailand, UAE dan tetiba si F pulak kata rumah dia tak payah ada ekon pun dah sentiasa sejuk, orang yang pasang ekon ni gedik geleteks je sebenarnya.

Wahhhh!!!! uols tau, rumah iols ekon tu memang diharamkan terus sebab weols ni kan keluarga haji bakhil (kata gadis berbaju biru)

So bergantunglah kepada diri korang sendiri nak pilih yang mana berkenan di hati (gaya mcm nk pilih menantu pulak). Sesetengah orang dia ada kecenderungan terhadap sesuatu jenama tu. Mcm parents aku, berkenan dengan brand Panasonic. Dari peti ais, mesin basuh, periuk nasik, water heater kat bilik air, microwave, nasib baik cerek pakai yg dapo gas punya, kalau tak mmg semua rembat Panasonic saja. Situasi ni dipanggil sebagai ‘fan-boy’. Tepuk dada, tanya selera diri sendiri. Satu je aku nak pesan, benda yg mahal tak semestinya bagus, and vice versa.

  • Servis Selepas Jualan

Okay, dah decide jenama dan model apa yg nak amik kan, sekarang cuba korang fikirkan pasal khidmat servis selepas jualan atau dalam loghat London-nya dipanggil ‘After Sales Services’. Ok atau tak? Cuba bandingkan warranty antara setiap brand yang ada. Selalunya warranty untuk aircond ni ada dua. Setahun untuk indoor unit dan lima tahun untuk compressor. Ni kira standard lah. Pilih jenama yang senang nak cari spare part in case tetiba ekon buat hal ke kan. Kita tak tau ‘peel’ barang2 letrik ni. Macam Panasonic atau York, based on pembacaan aku (again) dua-dua jenama ni agak mudah nak cari spare part dan banyak tukang servis yang boleh dikatakan pakar untuk servis dedua brand ni. Brand Daikin pun boleh tahan jugak, tapi mostly brand ni famous kat negeri seberang tambak tu jelah. Kalau kat sana memang ramai yg pakai Daikin. Lagi satu, consider caj untuk servis pembersihan aircond tu. Tu setahun sekali wajib buat kalau tak aircond korang dah tak efisyen nanti, silap2 tak sejuk langsung sebab habuk dah berkepuk kat indoor unit. Gas bocor ke dan sebagainya. Selalu org cakap, kalau aircond tak sejuk sebab gas habis… Err.. ada kesilapan sikit kat teori tu sebab apa yg aku baca, katanya gas aircond should be tak boleh habis. Dia akan always circulate je. Kemungkinan besar piping korang dah bocor atau compressor problem. Gas atau refrigerant mmg tak boleh habis unless kalau dia dapat ‘terlepas’ disebabkan masalah yg disebutkan tadi. Aircond biasa, servis caj ikut kawasan. Kalau kawasan aku, model standard – RM80. Kalau inverter, RM150. Inverter mmg mahal sikit sebab ‘special’ dan manja macam aku cakap tadi kan. 

Jadi setelah membuat beberapa pertimbangan dalam bentuk point di atas, dan korang pun dah letih membaca post yang memang sangat panjang berjela lebih dari 2K words ni, aircond yang parents dan aku pilih adalah… Jeng.. Jeng.. Jeng…

PANASONIC INVERTER ECONAVI 1.0HP! 

IMG_20130401_175053

Hahahahaha… :D

P/s: Anyway, korang memang tabah dan gigih, sekalung tahniah diucapkan kerana sanggup dan rela membaca post aku pasal aircond yang sangat panjang ni! Aku tak sangka dowh mampu membuat post ‘berilmiah’ sebegini. Sekiranya ada pembetulan atau fakta yg aku tulis tu salah, mohon maaf dipinta, feel free to comment dan aku akan perbetulkan info tersebut.
Sekian, terima kasih dan selamat membeli aircond idaman korang.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

75 Responses to Panduan Pemilihan Penghawa Dingin aka Air Conditioner @ ekon

  1. adli says:

    tolong bagi no tel tempat servis aircond rm80 tu dan alamat kedai beli aircond panasonic econavi tu.tq

  2. me says:

    Good post. Kat mana kedai nye?

  3. Unle Kimora says:

    ohsome posting..this is exactly what i am looking for…sgt detail..kita pun nak mencari ekon gak..for the first time ni..sbb rumah mmg dah sejuk..tapi gediks nak letak aircond!

  4. zara says:

    Sy terbeli mitsubishi punya….tp esok bru psg…..ok ke tk tu? Klu tk ok….haduihhhh membazir duit je

    • Mohd Zakri says:

      Mitsubishi pun ok dalam aircond ni,tp sy cdgkan pilih inverter la..Jgn Samsung,,board computer dia agak sensitif dan sensitif dengan guruh(pakar aircond bgth).

  5. Ismi Muhammad says:

    perkongsian yg santai tetapi sangat membantu buat org2 sprt saya yg masih tercari2 air-con terbaik & berkualiti termasuk kos servis selepas pembelian.Thanks a lot.

  6. Zainisam says:

    Salam dik..artikel yg sgt menarik. ni nk minta pendapat base on size bilik aku 17″ kaki x 11′ kaki rasanya 1hp cukup tak? budget aku dalam 1000 je plan nak beli sharp plamacluster atau york plasma m series yg mana bagus ye?. hehe utk kesihatan baby yg bakal lahir. skrg mamanya kepanasan pkai kipas terutama bila matahari memancar kat cermin. thanks

    • Amini says:

      Wa’salam…
      Kalau berdasarkan calculation yang saya buat kat website goodhousekeeping.com ni, 1hp memang cukup (about 9100BTU – memang dlm range 1HP tu). Tapi tengok jugak keadaan bilik, adakah menghadap cahaya matahari?, insulation bagus atau tak?, banyak tingkap ke?. Macam2 faktor sebenarnya yg perlu diambil kira. Nak selamat, lebih baik amik 1.5HP (dalam 12,000BTU) terus sebab saya rasa master bedroom saudara agak besar. 1.5HP kalo kat kawasan saya ni memang more than 1K selalunya. Paling murah York, dalam RM1.2K sekali pasang tapi model tu yg memang totally aircond sajalah, takde tambahan fungsi lain, eg: plasmacluster etc.

      Adalah lebih baik kalau saudara pergi terus kedai yg memang betul2 specialist dalam hal aircond ni dan tanya khidmat nasihat diaorg. Kalau kat tempat saya ni, diaorg siap boleh buat ‘site survey’ lagi dgn datang terus ke rumah kita untuk tgk saiz bilik dan mencadangkan aircond apa yg sesuai dengan condition bilik tu. FOC lagi :) Seboleh2nya cuba elakkan kedai macam Senheng or kedai2 komersial yg lain sebab sometime sales person diaorg memang totally tak berapa arif pasal aircond, yg diaorg tau, nk capai sales target je. Jadi bila nk capai sales target dan commision ni faham2 jelah kan macam mana tu. Hehe..

  7. Rez says:

    15 menet baca…meme penoh maklum at.

  8. faizal says:

    dik,
    nk mntk pndpt, kalu saiz bilik 22×18 tp psng 1hp@10000btu kira ok x?tido stkt 2org je tp bilik ngadap matahari insulated dgn curtain je..

  9. dnobit says:

    Info yang sangat bagus. Saya pergi ke kedai aircond smlm nk tambah aircondlah. Tokey kedai ada dtg survey rumah saya dan dia advise amik Daikin. 3 aircond yg ada semuanya mitsubishi. Yg kali ini dia advise amik Daikin. Saya kurang jelas pasal Daikin ini. Apa pendapat anda?

    • Mohd Zakri says:

      DAIKIN merupakan jenama terkenal di Japan untuk aicond,,mmg kepakarannya dalam pendigin hawa.So Daikin berada di no.1 bab aircond ni. Dulu sbelum pasang aircon sy pun x kenal Daikin ni,tp bila dah pasang aircond baru kenal Daikin..Sekarang sy guna Panasonic Iverter 1.0HP..Sy guna dari jam 3ptg sampai jam 7pagi keesokkanya.Setakat ni,bil tertinggi pun RM70 aja..mmg jimat la.Purata untuk aircond spend RM15-25 sahaja jika penggunaan mcm sy.Tapi suhu cuma 24,25,26 la..kl pasang 16 mmg bil akan tinggi sikit..

  10. Aiffa says:

    Salam. Tq for information. Sebab saya pun tengah cari2 air cond jgk. Insyaallah akan beli panasonic inverter tu. Tp org kedai tu cakap kalau pakai lebih 8 jam baru jimat letrik. Betul ke?

  11. JAR says:

    Saya bercadang untuk beli aircond sharp 1.5hp. salesman kata daikin lambat sejuk. dia rekomen sharp plasma, cepat sejuk dan tidak bunyi bising. tetapi bila saya pergi kdai lain, salesman rekomen daikin. bingung saya. minta komen, pls.

  12. Ayie 745 says:

    Nice info

  13. marliana says:

    hi amini
    google n found your blog
    blh tau kat mana kedai tu? noted ade nama je awak bagi. hehe menarik sgt harga dia.

  14. penerangan yang sangat terperinci dah macam specialize aircond gitu. aircond ni senang je sebenarnya masa pemasangan tu kalau boleh unit indoor dengan unit outdoor tu biar dekat jangan jauh sangat. makin dekat makin cepat sejuk dan makin dekat makin jimat bil letrik. lagi satu servis aircond setiap setahun sekali bagi penggunaan biasa dan bagi penggunaan yang hardcore tu 8-9 bulan sekali aircond tahan lama dan bil letrik akan maintain.

  15. achee says:

    ulasan terbaikk lh.cuma nk tnya misubishi slim atau panasonic econovi yg mna lg baik aaaa??

  16. Tips yg bagus…tapi masalahnya akak dah beli dulu ekon ptg tadi…baru skrg baca blog ni huhu

  17. dannie says:

    Nice info..tq

  18. Ariff says:

    Baru je pasang daikin, jumpa plak website ni, daikin mmg lmbt sejuk, pasal dia compresor pintar, kalau kita bangun kna brjalan dlu bru berlari, york, sharp, istilah dia bangun terus brlari, jadi cpt sejuk,. Yg pnting daikin jimat letrik, york kuat, topaire lg super kuat.

  19. hasruzaini ayuhanikz says:

    Alhamdulillah…good info…good for thought…
    Dilemma…daikin @ panasonic???
    Daikin actly got 5 stars

  20. aircond ni kena servis berkala kalau sampai 2 tahun pakai tak pernah servis bil letrik mesti melambung punye

  21. zue says:

    Bagi cadangan econ paling sesuai…dan menjimat letrik dgn baject rm1500

  22. azhar says:

    inveter ni satu teknologi di mana kompresornya x mati atau x berhenti beroperasi. apb sampai takat suhu yg kita set (cth 24C) maka kompresornya akan perlahan (x mati terus) dan akan idup semula pada tahap normal utk operasi biasa. ini bermakna kompresor akan berperoperasi normal dlm keadaan dia masih idup (tp slow).
    dlm keadaan aircon biasa kompresornya mati terus, so ia memerlukan kuasa yg tinggi utk memulakan operasi. ibarat kereta dari keadaan berhenti kemudian nk berjalan, ia memerlukan kuasa tinggi, so minyak banyak.
    jika kereta dlm keadaan perlahan/minumum akan memerlukan kuasa yg rendah apb nk laju sedikit.
    mmg betul inveter ini akan lbh bekesan jika kita gunakan lbh dr 8 jam. klau kurangpun ada jimat gak tp kurang sikit.
    bila nk servis agak mahal sbb gasnya tak sama mcm yg lain2.
    servis 2 taun se x pun ok gak. pomen aircon mmg suruh servis 6bln se x atau setahun se x. sbb mereka bisnes.
    kenapa aku kata memadai 2 taun se x? sbb
    setiap kali servis (6bln se x / setaun se x) mereka akan guna kemikal/bahan kimia utk bersihkan sirip/cooling coil/in door unit. kemikal ini sngt kuat, jauh lbh kuat dari klorok baju. mereka akan gunakan setiap kali servis, tindakan ini blh menyebabkan sirip/cooling coil aircon anda cepat terhakis, begitu juga pipe cooper akan cpt terhakis.apa kesannya? sirip/cooper paip adalah komponen penting dlm proses penyerapan haba utk mencekapkan proses pendinginan, jika dia cepat terhakis/terkikis sedikit2 maka sifat asalnya akan cepat berkurangan so tak mustahil lama kelamaan anda akan rasa aircon rumah akan rasa lbh cpt kurang menyejukkan/berkesan dari jangka hayatnya.

    walaupun kita tak dapat yg terbaik, tp janganlah semuanya x baik
    kesempurnaan sejati hanya balasan syurga.
    carilah yg dirahmati allah, kerana ia menjauhkan dari musibah. dan mendatangkan ketenangan. yg plg ptg adalah rahmat allah. sbb aircon yg canggih mmg blh menyejukkan tp x pasti adakah ia menenang dan mendamaikan.

    ini skdr mukadimah tk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>