Cik X dari UiTM Segamat

telemarketer

Saya Cik X dari HEA UiTM Segamat…. (Sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan hidup dan mati)

 

Pada suatu hari, macam biasalah kalau pukul 11 hingga 12 tengah hari tu, aku sedang sibuk memasak di dapur. Time tu tengah sibuk memotong bawang dan menggoreng ayam untuk dibuat ayam masak kicap sebagai hidangan tengah hari pada hari tersebut. Sedang asyik memotong bawang dan membalik-balikkan ayam di kuali yang dipenuhi dengan minyak panas, secara tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon rumah yang sangat pelik itu. Ya, telefon rumah aku akan bernada pelik kalau orang yang tidak dikenali menelefon sebab aku dah set siap2 deringan sekian2 untuk orang yang dikenali, dan deringan sekian2 pula untuk strangers atau orang yang tidak dikenali. Yosh, memang sangat aneh perasaan aku pada waktu itu. Siapalah yang menelefon pada waktu2 sebegini. Jadi, dengan serabainya aku terus menuju ke ruang tamu untuk mencapai telefon itu lantas mengusung telefon tersebut ke dapur sambil meneruskan agenda pada hari tersebut, iaitu memasak makanan tengah hari. Terima kasih kepada teknologi tanpa wayar dan ‘handsfree’ telefon rumahku, aku bisa bercakap sambil sibuk memasak di dapur. Panggilan diangkat dan kita ikuti kisah seterusnya…..

Miss X : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Khairul Amini?

Aku: Ya, ni saya sendiri. Siapa tu?

Miss X : Saya Cik X dari HEA UiTM Segamat. Saya nak tanya, adik dah accept ke belum tawaran untuk melanjutkan pengajian ijazah ke kampus segamat tu? Kalau ikut rekod kami, adik masih belum membuat apa2 tindakan susulan…

Aku : (mengelamun seketika) – Ya, memang saya tak accept apa2 pun lagi. Saya just abaikan je tawaran tu sebab sekarang saya ada masalah sikit =.=

Miss X : Ohh mcm tu ke, Adik kena cepat terima tawaran tu. Sebenarnya saya call ni nak inform yang adik kena pergi kursus (tak ingat apa benda ntah akak tu cakap) kat UiTM Segamat pada 23 sampai 25 Februari ni…

Aku: Haa!?? (Nada terkejut) Cepatnya cik.. Apasal kampus lain semua start 4hb March? Kiranya kena masuk MMS sekali lagi la ye? Setahu saya student penerapan tak payah nak MMS lagi sekali….

Miss X : Sebenarnya, kursus tu adalah untuk memudahkan adik dan pelajar2 ijazah yg lain untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai uitm segamat. Dulu adik kan dari UiTM Kelantan (how come dia tau segala2 pasal aku) – so kursus tu dibuat supaya adik tau kelas kat mana, bangunan hea kat mana, rumah sewa mcm mana nak cari dan yang paling penting, nak daftar kos, pengecualian kredit, subjek minor dan nak mengenali staff2 uitm segamat dan lecturer yg akan mengajar kos adik nanti. Dia bukan mcm MMS, jadual tak pack dan adik tak terkongkong mcm masa MMS dulu (yelah tu akak oiii….. silap2 nnti dah pergi sana jadi sebaliknya)

Aku: Ohhhhhhhhh…… (sambil mengomel dlm hati)

Miss X: ¬†Adik masih berminat atau tak sebenarnya nk masuk degree (dia pause kejap.. mungkin nk cari lagi detail pasal aku kot) haa… degree in records management ni? Apa masalah adik? Adik tengah kerja ke sekarang?

Aku: (Pike ayat nk cover) – Haah, saya tengah kerja.. (Bhahahahaha) – So ada contract tiga bulan katanya. Takpelah cik, nnti saya bincang dgn ‘majikan’ (siapakah?) saya dulu ye….

Miss X: Ok, akak repeat lagi skali, kalau adik setuju terima tawaran ni, datang ke uitm segamat pada 23hb Februari nanti untuk kursus (apa benda ntah tak ingat). Kursus ni wajib dan adik mesti datang.

Aku: Insyallah, terima kasih cik kerana inform saya pasal benda ni…

Miss X: Ok, Assalamualaikum…

Aku: Waalaikumsalam (terus menamatkan panggilan telefon sambil buat muka pelik dan tak dilupakan, mengomel sendirian dan meneruskan proses memasak yang tertangguh seketika)

 

tikusandfamilia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>