Jom Masuk UiTM!

Hmm… for the first time ever, setelah berbulan-bulan lamanya aku menulis blog ni di dalam English, aku rasa dah tiba masa aku tukar balik ke mood bahasa melayu, yg kebetulan adalah bahasa kebangsaan Malaysia kan. Hahahaha… Eh Mini, ko ingat English ko tu hebat sgt ke, MUET pun dapat BAND 1   da berlagak mcm hebat nk menulis dlm English bagai, padahal grammar berterabur. Ok, abaikan bebelan aku sebentar tadi.

 

 

Actually, sekarang ni kan sure ramai adik-adik lepasan SPM 2011 (those yg nampak dunia tahun 1994) dah dapat tawaran masuk ke IPTA kan, especially UiTM. Sekalung tahniah diucapkan kepada korang semua sebab seriously korang kena rasa bangga sebab bukan mudah ye nak mendapat tawaran kemasukan ke IPTA ni, especially untuk FIRST INTAKE! Berpuluh-puluh ribu yg apply kat UPU tu, dan last skali, korang yg terpilih… Haruslah bangga kan sebab korang antara the best of the best! Some more, bila dah klik butang “setuju terima tawaran” tu, mesti banyak persediaan yang korang kena buat kan. Meh, sebagai “abg senior” (konon) yg tinggal lagi satu semester je kat UiTM ni, abg nk senaraikan apa perkara penting dan harus korang lakukan sebelum melangkah masuk ke UiTM nanti – Kalau tak salah aku, Part 1 akan memulakan MDS (Minggu Destini Siswa) lebih kurang awal Jun nanti… So korang mmg dah kena get ready dari sekarang! Banyak benda kot yang korang nak kena buat! Hehehe….

 

1) BORANG TAWARAN

 

Bila dah klik button “setuju terima tawaran” tu, make sure korang cetak segala maklumat yg disertakan bersama surat tawaran tu – eg : manual pendaftaran pelajar baru, syarat tawaran, borang tawaran kemasukan dan senarai semak benda yg korang perlu bawak (ni wajib print out, sbb korang kena isi dan perlu dibawa semasa hari pendaftaran nanti) dan memacam benda lagilah. Bila dah download dan print segala maklumat tu, ensure korang baca betul-betul segala information dan take note maklumat penting yg korang perlu tau. Nanti tak lah menyusahkan Peer-Mentor [PM] korang masa minggu MDS tu. Please buat minimum lima salinan kad pengenalan, slip keputusan SPM, slip pembayaran yuran, slip gaji parents, sijil berhenti sekolah, surat beranak, surat tawaran kemasukan, laporan medical check-up dan segala sijil-sijil lain yg korang rasa berkaitan supaya urusan lebih mudah nanti.  Banyak kes yg aku tgk masa aku orientasi dulu – even aku student cabuk je, tak layak jadi PM, ada student yg datang melenggang, ada student yg tak bayar yuran lagi, ada student yg tak bukak akaun Bank Islam and yg lebih hebat, ADA LAGI YG TAK BUAT MEDICAL CHECK-UP!!… Alahai…… :(

Memori daun pisang.... Ni surat tawaran aku dulu....

 

2) URUSAN KEWANGAN

 

Okay, selesai bab pertama. Next step, korang kena menguruskan hal ehwal kewangan pulak. Mcm pembayaran yuran, bukak akaun Bank Islam, akaun SSPN (Sijil Simpanan Pendidikan Nasional) dan mungkin akaun peribadi untuk urusan masuk dan keluar duit korang semasa kat universiti. It’s better kalau korang ada dua akaun bank, satu untuk urusan rasmi universiti, dan satu lagi untuk kegunaan peribadi. Untuk akaun bank rasmi, yakni untuk kegunaan universiti, hanya ada satu bank je yg boleh, which is BANK ISLAM! Duit Loan (Ptptn), dan duit biasiswa (JPA, MARA, YAYASAN NEGERI etc etc) semuanya akan dikreditkan ke akaun Bank Islam. Minimum deposit yg diperlukan untuk pembukaan akaun Bank Islam adalah sebanyak RM50 kalau tak salah aku. Ingat, ni penting ye! Satu perkara lagi, pleaselah bukak akaun Bank Islam sebelum korang menjejakkan kaki ke UiTM, sebab masa minggu MDS nanti, dah jadi satu hal pulak kan… dengan aktiviti yg tersangatlah pack, mmg x sempat untuk korang bukak akaun nanti. Karang kalau pihak UiTM suruh korang provide nombor akaun bank islam, haa… dah jadi satu hal… Please ok, my junior…. :)

 

Pastikan korang membuka akaun rasmi untuk kegunaan UiTM di mana2 cawangan Bank Islam di Malaysia

 

Untuk akaun peribadi, disarankan agar anda menggunakan Maybank… Tapi akaun Maybank ni memerlukan minimum deposit sebanyak RM250 masa bukak akaun. Tapi akaun peribadi ni optional je, kalau nk bukak jelah, kalau rasa x penting, guna jelah akaun bank Islam. Kalau ada, kira mcm extra features la. Sbb Maybank ni sistem perbankan internet dia bagi aku adalah antara yg boleh tahan. Kot-kot nk bayor bill broadband ke, senang – online je dah boleh bayar. Tak payah ke pekan Mache… Hahahaha… Respond pun cepat and in case kalau korang rajin membeli belah secara online, akaun Maybank adalah satu kepastian.  :D

In case kalau korang nak apply loan PTPTN, ensure korang bukak akaun SSPN dulu. Akaun SSPN ni penting, sebab tanpa akaun SSPN, korang tak layak memohon Loan PTPTN. Minimum deposit yg diperlukan untuk membuka akaun SSPN adalah sebanyak 20 ringgit je. Disarankan agar bukak akaun SSPN kat Bank Islam ataupun Maybank.

 

The National Education Savings Scheme (SSPN) was designed by the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) for the purpose of higher education.

Starting 1 January 2012, students who wish to apply for PTPTN education financing MUST have an SSPN account with a minimum deposit of RM20.00.

Therefore, all students are encouraged to open a SSPN account in Maybank and Bank Islam Malaysia Berhad tofacilitate and expedite the account opening. SSPN account balances can be checked directly / next day PTPTNwebsite for opening an account at Maybank and the next day for opening an account at Bank Islam Malaysia Berhad

 

Haa, dgr tu, wajib ada akaun SSPN baru boleh memohon untuk pinjaman PTPTN ye…. Bila dah berjaya membuka akaun SSPN, korang boleh further terus untuk apply pinjaman ptptn. Kalau rasa memerlukan duit dengan segera, better korang apply sebelum melangkah ke minggu MDS… Just beli no PIN PTPTN kat Bank SImpanan Nasional (BSN). No pin berharga RM10 dan isi form kat website ptptn. Nanti lepas sebulan dua korang dah kt UiTM, pegawai ptptn akan datang dan satu sesi khas penyerahan agreement pinjaman akan dibuat. Selalunya diaorg akan buat pada hari minggu. Aku rasa tak perlu lah kot aku explain lebih2 pasal sesi penyerahan agreement tu… Hehe…

 

Dah beli no PIN? So korang dah boleh start apply loan kat www.ptptn.gov.my

 

Lagi satu, pinjaman PTPTN BUKANLAH suatu KEMESTIAN jika anda sambung belajar kat mana2 IPT kat Malaysia ni. Kalau tanya pendapat aku, tepuk dada tanya selera – Kalau korang rasa tak mampu untuk menanggung kos pengajian dan perbelanjaan masa kat IPT, and at the same time, parents korang pun bukan mampu sgt nk menampung korang, better apply jelah PTPTN tu. Tapi make sure bila dah dapat PTPTN, jgn la lupa diri, korang kena ingat, yg duit ptptn tu adalah duit rakyat, dan berbelanjalah dengan hemah, duit tu pun bukan free, kena bayor balik. Kalau boleh, savings sikit (perhaps reserve dalam RM300 untuk satu sem) supaya korang x terbeban bila nk bayar balik nanti. Jumlah pinjaman yg korang dapat selalunya adalah bergantung sepenuhnya kepada pendapatan parents/family korang. Ada yg dapat RM 1K, ada yg dapat RM 1.5K, tapi standard selalu org dapat adalah RM2.5K untuk satu semester. Kalau dah minus yuran UiTM, balance yg korang dapat adalah dalam 2K cmtu…. Mmg lebih dari cukup tu.

 

3) YURAN

Yuran untuk semester pertama selalunya mahal sikit dari semester2 yg seterusnya. Yuran ni pun WAJIB BAYAR sebelum korang melangkah masuk ke UiTM. Yuran untuk semester pertama adalah dalam RM500-600 lebih. Masa time aku dulu, yuran first sem adalah sebanyak RM573 dan Alhamdulillah, aku berjaya langsaikan dua minggu sebelum masuk UiTM dulu. Sebab apa aku tekankan korang supaya selesaikan segala bab2 kewangan ni sebelum masuk UiTM… surely supaya memudahkan urusan korang masa minggu MDS nanti. Tak payah menyusahkan berbagai pihak (especially bahagian Hal Ehwal Akademik) masa sesi pendaftaran nanti. Cara nak check berapa banyak korang perlu bayar adalah dengan login ke website http://bursary.uitm.edu.my dan masukkan no pelajar korang (no pelajar ni boleh tengok kat surat tawaran korang, selalunya akan mula dengan tahun berapa korang masuk ke uitm – eg : 2012123456). Bila dah berjaya login ke sistem bursary, klik dekat Bil pelajar dan di situ adalah keluar maklumat mengenai jumlah yg perlu dibayar. Ingat! Simpan resit pembayaran tu untuk rujukan.. Remember, records is EVIDENCE… hehehe… Oh sebelum aku terlupa, yuran tu hanya boleh dibayar di BANK ISLAM. In case kalau korang dah ada akaun Bank Islam, and duit dlm akaun tu mencukupi untuk buat payment, bayar kat mesin ATM pun boleh.

 

See... perbezaan yuran dari aku part 1 sampailah skrg... Part 1 mahal sikit sbb bnyk extra charge...

 

 

4) PEMERIKSAAN KESIHATAN aka MEDICAL CHECK-UP

Ni lagi satu perkara wajib yg mesti dibereskan sebelum korang melangkah ke UiTM. Pemeriksaan kesihatan ni penting sebab nk menilai mcm mana prestasi kesihatan korang. Selalu kalau pemeriksaan kesihatan ni diaorg akan buat X-RAY, pemeriksaan darah, air kencing (untuk tgk sama ada kandungan dadah atau tak), pemeriksaan mata, rabun warna (untuk sesetengah kos, especially engineering), tinggi, berat, BMI dan memacam lagilah. Please allocate sehari untuk urusan medical check-up ni – especially kalau korang buat kat klinik kerajaan. Sebab time2 cmni mmg ramai yg buat pemeriksaan kesihatan, dan kemungkinan masa menunggu tu lebih lama la kan…. Oh, pemeriksaan kesihatan ni akan dicaj sebanyak RM21 (ni kalau buat kat klinik kerajaan – kalau private aku x pasti sbb tak pernah try, but sure lagi mahal kan). Nanti bila dah selesai segala urusan pemeriksaan kesihatan, diaorg akan kasi filem X-ray yg menunjukkan keadaan dada korang mcm mana. Nanti kan time MDS, mesti ramai student yg mengusung filem X-Ray yg besar gedabak tu masuk dlm hall. Hahahaha.. seriously aku dulu pun camtu, hari2 usung filem X-ray yg da mcm kertas kanvas tu. Nk lipat takut.. Tapi sebenarnya, pihak UiTM tak tgk pun filem X-ray tu masa registration session nanti. Diaorg just nak slip laporan X-ray tu je. So, bawak slip laporan X-ray tu pun dah memadai.

 

Mcm ni lah rupa filem X-Ray tu. Tak payah susah2 nk bawak ye.. tapi kalau da gigih sgt, apa salahnya kan... hehe

 

5) KEPERLUAN PERIBADI

Keperluan peribadi ni ibarat keperluan yg korang wajib ada dlm kehidupan seharian kat uitm nanti. Contoh mcm pakaian masa MDS, pakaian nak pergi kelas, pakaian untuk bersukan, toiletries, baldi, gayung air, stationery, water heater (untuk masak air in case korang memerlukan air panas untuk bancuh air), seterika (untuk menggosok baju) dan memacam lagilah. Benda-benda mcm ni korang perlu sediakan jugak sebelum masuk UiTM sebab bayangkan lah, kalau takde baju yg sesuai, susah nanti. Kalau takde toiletries, mcm mana korang nak mandi, kalau takde stationery, mcm mana korang nk catit apa yg lecturer ajar masa dlm kelas dan apa yg penceramah cakap masa MDS nanti, walaupun aku tau confirm ramai yg tido je masa sesi ceramah nanti #eh!  Hehehehe… So pandai2 la ye, benda ni aku rasa tak perlu ulas panjang, sbb keperluan peribadi kan. Cuma nak tekankan, bawak at least  dua tiga helai T-shirt berkolar hitam atau putih, seluar track suit hitam atau biru gelap (ni untuk sesi riadah masa MDS nanti). Kalau tak silap aku, korang pun kena ada satu sesi khas di mana semua student wajib memakai pakaian korporat putih dan seluar slack hitam masa minggu MDS nanti…. Yes, necktie pun perlu ada ye. Bawaklah at least dalam dua atau tiga helai (necktie helai ke?? Apa2 jelah).., dan berwarna gelap. Org kata necktie berwarna gelap ni lebih universal. JGN PAKAI NECKTIE yg ada gambar Smiley la, angry birds lah dan corak2 yg terlampau mencolok mata!  Hahaha…

 

 

Alahai...... "cutenyerrrr"

 

Okay, aku rasa dah explain habis segala benda yg wajib korang sediakan sebelum melangkah ke UiTM rasanya. Kalau rasa nak tanya apa-apa, just drop your comment okay.. Insyallah aku akan reply kalau aku sempat… Hahaha… Anyway, selamat melangkah masuk ke UiTM, dan juga selamat menghadapi MDS… Best ok MDS…. :D  Seminggu je korang ‘terseksa’.., pastu diaorg semua pun dah tak pedulikan korang. Korang pun dah besar, pandai-pandailah jaga diri bila dah berada di alam universiti.

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in UiTM Di Hatiku. Bookmark the permalink.

72 Responses to Jom Masuk UiTM!

  1. anis says:

    kalau tak ada akaun bank islam boleh tak?sebab akaun maybank dah ada.haha.boleh ke agak agak?

    • Amini says:

      Awk mmg kena bukak jugak account Bank islam. Sbb segala urusan rasmi universiti (yg melibatkan kewangan – mcm elaun makan, ptptn) semua akan dikreditkan kt akaun bank islam.

      • syera says:

        oh memg kene bukak ehh ? pastu klu kita naa byr yuran uh memg kene pakai duit kite yg de dlm bank islam uh ek ? klau kita naa pakai bank lain naa byr taa ley ? yela, sbb belum de akaun ban islam lagi kan. n lagi stu byr pakai cdm memg taa bole ke hapa ?

        • Amini says:

          Ya.. wajib bukak akaun Bank Islam. Kalau takde akaun bank Islam, tapi nk bayar yuran, mmg tak boleh pakai mesin cash deposit. Awk kena bayar kat kaunter (sekali lagi: bank islam sahaja) dan bawak slip bill yang dicetak sebelum tu kat student portal.

  2. jaja says:

    salam. tumpang tanya,,,
    yg elaun makan tu cmna ek ???
    kena daftar msuk uitm dulu ke, bru boleh apply ???

    • Amini says:

      ya… intensif makanan tu bila dah daftar sebagai student baru boleh apply. Tapi kalau tak salah sy, pendapatan keluarga mesti RM3000 ke bawah. Jgn risau, nanti masa MDS, diaorg akan terangkan secara detail pasal benda tu… :)

  3. mimiN says:

    salam,saya nak tanya .saya ada dapat bantuan kwangan asasi. mcm mana tu ek ? xfhm la . elaun wang saku,yuran pengajian , yuran penginapan . yang yuran pengajian tu dapat 350.00rm . tapi ada jugak dalam bil tu kne byr 600rm. tak faham la ?
    lagi satu, akaun bank islam tu bukak akaun apa ek ? and kalau nak buat loan kena dgn ptptn ke ? mara tak boleh ?

    • Amini says:

      Wa’salam…
      first of all, tahniah sbb dapat masuk uitm. Sebenarnya apa yg sy tahu, those yg dpt asasi mmg akan dpt elaun tetiap bulan, kira mcm keistimewaan jugaklah. Sbb asasi ni kn famous dgn top students… hehe.. kira awk salah sorang dr top students la yg bjaya masuk asasi. So, sy x berani ulas lebih lanjut pasal elaun tu sbb sy sendiri student diploma je. Student diploma takde elaun2 wang saku ni, kami cuma dapat elaun intensif makanan je dr uitm, tu pun hanya yg terpilih je boleh dpt, bukan semua. Kalau asasi otomatik semua dpt tak kira kurang mampu/mampu…

      Bab loan tu plak, kalau asasi mmg x boleh mintak loan pun. Ye.. mmg boleh mintak dr ptptn je. Mara tak boleh. Sebab apa? Yg tu sy tak pasti… Selain ptptn, ada jugak alternatif lain mcm mintak loan dari yayasan negeri.

      Untuk urusan pembukaan akaun, sy dulu bukak savings account je. Deposit RM50 dan dia bagi ATM card instead of buku akaun.

  4. mimiN says:

    ohh okay (: terima ksih sudi jwb . hee

  5. anis says:

    la yeke.itu la ada tny senior jugak.dia ckp memang kena buka akaun bank islam.terima kasih eh. :D

  6. zia says:

    nak tanye betol ke yuran sesi jun 2012 ni kene bayar sendiri, dan bukannya tolak dr ptptn?

    • Amini says:

      Hmm.. awk ni semester berapa? Kalau baru je nk jadi freshies, mmg awk kena bayar sendiri yuran tu di bank Islam (direct ke kaunter – pastikan print resit bill dulu kt website bursary, atau kalau dah ada akaun bank Islam, boleh bayar melalui mesin ATM je).

      Kalau awk dah semester 2 dan ke atas, dan dah terima pembiayaan ptptn pada semester 1, so jgn risau, selalunya yuran akan dipotong melalui pinjaman ptptn.

  7. miaoo says:

    hai, emm..salinan ic, sijil lahir. slip SPM, semua tu kene buat 5 salinan ke?

    • Amini says:

      Ye.. In fact lagi banyak lagi bagus. Dan pastikan sebaiknya salinan tu disahkan oleh pegawai kerajaan gred A (41 dan ke atas)…
      Some more, sy lupa nk nyatakan yg gambar passport pun perlu disediakan, sediakan lebih drpd 10 keping sbb benda ni mmg penting…

  8. daya says:

    salam,,nak tanya,,borang yang kita dah sahkn tu nanti bagi yang fotostat punya boleh tak??

  9. riss says:

    nk tnye…sijil berhenti tu penting jgk ye

  10. aini says:

    na tya nie..
    camne na cetak surat tawaran..
    plllllez i need help

    • Amini says:

      Pergi kaunter HEA universiti anda dan deal terus dgn diaorg. Selalunya kalau dah jadi student, diaorg takkan bagi surat tawaran, tapi surat pengesahan yg mengatakan anda adalah pelajar UiTM. Surat tawaran ni untuk freshies je setahu sy…

  11. afie says:

    salam,,
    nak tnye . aku dr university lain nak apply masuk ijazah terus tp gune foundation uni lain nye result.. ak sebenarnye dh tahun 2 mechanical engineering tp x lepas requirement univ.. so ak kene terminate.. boleh x ak masuk ijazah tahun 1 guna keputusan foundation ak tu?..

    • Amini says:

      Hmm… yg tu saya tak sure. Yg saya tahu, foundation (asasi) dari UM (PASUM) dan UiTM sendiri je yg diterima kat UiTM. Ni based on pembacaan saya kat syarat2 kemasukan ke UiTM. Universiti lain tak dinyatakan pulak. Mungkin anda boleh bertanya terus ke pihak UiTM berkaitan hal ni. Lagipun, sy student diploma je… Hehe… Obviously anda lagi superior dr saya sbb da ada foundation.. :)

  12. Zira Amni says:

    assalamualaikum, nk tnye ni, mggu mds tu bjunye slalu mcm mne ye? adekah baju t-shirt putih n sluar trek sprti uni2 lain?(utk pljr prmpuan)….saya nk brsiap sedia kot2 dpt uitm sesi 2 disember ni,,, kih3,, =)

    • Amini says:

      Ya, masa zaman saya dulu (dalam tiga tahun yg lepas), mmg waktu riadah pelajar digalakkan memakai BAJU T-SHIRT BERKOLAH WARNA PUTIH dan SELUAR TREK BERWARNA HITAM atau BIRU GELAP. Either one… Tapi diaorg tak marah pun kalau student pakai baju warna lain.. Cuma syarat ‘wajibnya’, mesti T-SHirt berkolar dan Seluar trek… Oh ya, lagi satu kalau boleh baju t-shirt tu jgn la pakai yg ada tulisan merepek2… kalau boleh pakai yg kosong je.. (unless t-shirt dari sekolah atau persatuan2 akademik)

  13. Muniera says:

    Salam ! :) Makna nya sebelum kita buat pendaftaran ke UITM uh dah boleh mohon PTPTN kalau dah buat akaun SSPN ? Ea ? :)

  14. Tyla says:

    Salam..sya nk tnya..sya dpt intake 2..msa kat skolah dlu sya dpt baitulmal..so sya ad akaun bank islam..so sya x sure..sya kna bkak akaun bank islam yg lain ke..?

    • Amini says:

      Saya rasa awk x perlu buka akaun bank islam yg baru, cukup pakai yg tu saya rasa dah okay. Cuma since akaun tu dibuka masa awk masih bersekolah, mesti pihak Bank islam tak sertakan dengan kad ATM sbb masa tu awk masih bawah 18-tahun. Maybe sebelum masuk UiTM, awk pergi ke mana2 cawangan bank islam untuk create satu ATM card khas untuk kemudahan awk nk mengeluarkan duit dari mesin ATM bila dah masuk uitm nanti. Takkan awk nk keluarkan duit pakai buku lagi bila dah jadi student universiti kan.. hehe..

      Anyway, tahniah untuk anda kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.. Anda kini warga UiTM! UiTM Di Hatiku! :D

  15. ayin says:

    assalamualaikum , saya dapat intake 2 . saya sedikit konfius tntang akaun sspn dan akaun bank islam . maksud saya , masa saya nak mohon ptptn , saya kena sertakan no akaun sspn , no akaun sspn tu sama dengan nombor akaun bank islam ke ? tolong reply . thanks :)

    • Amini says:

      NO akaun SSPN dan Bank islam lain. Awk kena apply SSPN dulu, lepas dah selesai urusan SSPN, baru proceed untuk pembukaan akaun bank Islam. Tapi yg paling penting is, akaun SSPN dulu perlu diutamakan sbb tu ‘key’ untuk awak apply ptptn…

    • sha says:

      suda keluar ka wpp..

  16. wat_eber says:

    boleh x setlekn yurn pngajian smnggu sblom dftar uitm..lg stu WPP (wang pendahuluan pembiayaan PTPTN) tu cmne erk..kalo dpt nk kne bkak akaun sspn jgak ke?

    • Amini says:

      1) Ya…. boleh.. asalkan sebelum awak mendaftar masuk ke uitm. Sehari sebelum daftar pun ok.. hehe.. terpulang..
      2) WPP – Hmm.. sy tak sure pasal WPP ni pasal saya dulu mmg tak dapat pun WPP. Tapi setahu sy, dia bagi dlm bentuk cek.. (bank apa saya tak sure)… In case kalau bank islam, awk pergi je kaunter bank islam tu dan kata nak cash out cek…

  17. mye says:

    eh haiii :D
    thankgod for this wonderful creature :p i nak tanya pasal ptptn. i dpt uitm then nak mohon ptptn so i bukak acc sspn kat maybank. then i baru igt uitm lebih kpd acc bank islam. termasuk ptptn pon diuruskan dlm bank islam . at the same time i bukak acc bank islam jgak. tp the problem is i bukak acc sspn kat maybank. so how ni ? pleaseee i need yr help :(

    • Amini says:

      Akaun SSPN tu tak kisah awak nak bukak kat bank mana. Maybank, Bank Islam, Agro bank etc etc hanya bertindak sebagai AGEN untuk SSPN. SSPN dan bank komersial (Maybank, Bank islam etc etc) adalah DUA ENTITI YANG BERBEZA. SSPN kira mcm ‘melantik’ bank-bank komersial ni sebagai agen untuk pengguna bukak akaun SSPN. Tak semestinya awk bukak akaun SSPN dgn Maybank, kena ada akaun Maybank., and vice versa kan… In fact, masa awk bukak akaun SSPN kat Maybank tu, dia sikit pun tak suruh awk isi no akaun Maybank, isn’t it? So tak kisah pun awk nk bukak akaun SSPN tu kat bank mana. Yg penting, skrg awk dah ada akaun SSPN. Since da ada akaun SSPN, boleh proceed untuk bukak akaun Bank Islam plak. Lepas da selesai semua tu, apply pinjaman ptptn dengan beli pin number kat BSN….

      Anyway, Good Luck for your MDS (Minggu derita eh Destini Siswa)… Hehe.. Selemat menjadi warga UiTM :)

  18. HanaAmira says:

    Salam, nak tanya pasal insentif makanan for diploma students. Dia akan bagi tiap bulan kan? Means 5 months la kan? And dapat berapa per month eh? Thank you :)

    • Amini says:

      Pasal intensif makanan sy tak pasti mcm mana sbb sy tak dapat pun intensif makanan masa study dulu…
      Tapi kalau x salah sy, dia bagi RM120 sebulan….

  19. sofhea says:

    hi assalamualaikum. sy nak tanye mgenai size luggage yg sy akan bawa utk ke uitm. i punya luggage size 29” which is mmg besar semua segala jenis benda i sumbat dlm tu cause i x suka bawak beg banyak2 kiri kanan penuh bag , dgn bag pack lg . hehehe . so is it okay ? i really hope there are some people yg bawak bag lebih besar dr i . so hows your opinion ? :D

    • Amini says:

      Wa’salam…

      Hahaha… bawak je berapa banyak luggage yg u nak…, bukan ada limit pun (unless u study oversea yg maximum luggage allowed by MAS dalam 30KG je). Sumbat selagi kereta u mampu untuk disumbatkan… Lagipun u kan girls…, mesti banyak benda yg nak kena usung.. So tak kisah sgt.., mesti ramai lagi yg bawak banyak dari u… Kalau diaorg pandang2, ckp je, eh kesah apa aku dgn ko, kalau barang aku tak cukup, ko nk bagi pinjam eh??.. hehe.. :D

      Haa, Kalau laki bawak bag banyak je yg kena ‘perli’ mcm zaman i memula masuk dulu.., tak boleh bla smpikan dawai nk sidai baju pun boleh ‘terbawak’… ekekeke…

      • sofhea says:

        hahahaha kan ? yknow my dad always perli nanti smpai uitm jgn malu nak balik rumah sebab luggage awak paling besar . lol :D yeyyy thankyou for saying those words im very confident with my luggage now ! hahaha . wow dawai ? really interested . nak bawak jugak lah !! hahaha :D

  20. Patricia Embu says:

    Bila No.Pin UITM keluar?. Brpa agak nya byaran kmsukan UITM?.

  21. Syapix says:

    just nak tanya jee.kalau nk masuk uitm nak kena dapat berapa A ek paling kurang??

    • Amini says:

      Yg tu saya tak sure. tp average student dalam 3A-4A camtu untuk kos saya ni. Bergantung kpd kos, kalau lagi kritikal, lagi banyak A yg diperlukan, even minimum requirement kata nk kredit je… Tp sbb saingan yg banyak, mesti best of the best yg akan diambik

  22. Sue says:

    assalamualaikum. saya nak tanya, bila dah buat akaun sspn dan bank islam, kita terus dapat ptptn ke? ptptn akan terus bayar duit yuran? atau kita kena bayar sendiri dulu?

    • Amini says:

      No.. awk kena apply ptptn jugak. Bukan otomatik dapat ok. Lepas da buat akaun SSPN dgn Bank Islam, mohon beli no pin ptptn kat bsn. Kata kat pegawai yg jaga kaunter tu nk beli no pin permohonan ptptn. Harga no pin kalau tak salah saya RM10.60

  23. diana says:

    Salam. Nak tanya, kalau kita dah dapat tawaran untuk masuk ke uitm, mcm mana nak setuju dengan tawaran tu? Butang setuju tu ada kat mana?

  24. anis says:

    terima kasih byk2 ye, byk mklumat yang sy dapt dari sini sebgai persediaan.,bgus skali..

  25. Diana Zainuddin says:

    As salam. Saya nak tanya boleh?
    Saya dah buat akaun sspn di cimb bank. Adakah saya boleh guna no akaun sspn tu untuk memohon ptptn ? Ataupun saya harus membuka akaun sspn lagi di bank islam ? Atau semua no akaun sspn di mana-mana bank adalah sama sahaja ?

    • Amini says:

      Ya… Awk boleh guna no akaun SSPN tu untuk memohon ptptn. Mcm yg saya cakap, SSPN dan bank2 komersial tu adalah dua entiti yg berbeza. SSPN just melantik bank2 tersebut sebagai agent untuk pengguna mcm kita ni untuk bukak akaun SSPN. So, dgn akaun yg sama, tak kiralah awk bukak kt bank mana pun tetap boleh apply ptptn. :)

  26. Diana Zainuddin says:

    Terima kasih kerana sudi membantu. :)

  27. Nurul Atikah says:

    Salam…sijil2 yg kena fotostit suma cuma sijil sek menengah ja kan??

  28. arafat ahmad says:

    mcm mane nak daftar kt student portal??apa yg kta perlu buat??n no ptptn sama dgn no sspn tu ke??harap sudi membantu..

    • Amini says:

      Student portal tu semua akan datang bila anda dah datang mendaftar ke UiTM nanti.
      Dah tau subjek apa nak amik masa briefing fakulti time MDS nanti, baru boleh start mendaftar subjek kat student portal…

  29. wan says:

    sspn klau bukak kt bsn boleh tak???

    • Amini says:

      Ni saya amik terus dari website ptptn

      “Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN-i di Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Agrobank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN-i boleh disemak terus/ keesokan hari di portal rasmi PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam dan Agrobank.” (ptptn.gov.my, 2013)

  30. nur says:

    kalau kita terlewat bayar yuran dari tempoh yg ditetapkan macam mana ye ?

  31. syazrin says:

    sy nk tanya.adakah sijil berhenti sekolah yang tingktn 5 punya atau sijil bhenti skolah masa tingkatan 6 yg dperlukan semasa pdaftaran di uitm atau sy plu bawak ke2 dua nya skali(sijil asal) sebab sijil bhenti sekolah sy masa ting 5 hilang so blh ke sy pakai yg ting 6 sahaja atau saya perlu membuat sijil bhenti sekolah ting 5 yang baru dan membawa ke2 dua sijil ini semasa hari pendaftaran?

  32. najihah says:

    assalamualaikum. antara borang2 yg perlu di isi tu slah satu borang akuan pengesahan pendapatan. borang ni kena isi jugak ke kalau ibu bapa ada slip gaji? dekat panduan dia cakap empat2 borang tu perlu diserah x de pulak tulis borang akuan pgesahan pendapatan/slip gaji. thanks. yg lima salinan ic and etc tu memang perlu ka? mcm banyak ja. =) borang medical check up n borang lain2 yg diprint x perlu salinan kan? satu salinan yg kita print and isi je kan. again thanks

  33. fahmi says:

    salam.nk tanya klo dpt serah semua dokumen pnting kt ptptn then dh dpt agreement letter dri ptptn,berapa lama atau tempoh ptptn akan masukkan duit ke bank kite?dlama sem 1 jugak ke or sem 2 bru dapat…??please jawab..

    • Amini says:

      Based on pengalaman saya, selalunya dalam 2-3 minggu (senang citer sebulan) lepas sesi penyerahan borang tu duit akan dikreditkan dlm akaun awak. Saya dulu dalam 2 minggu je dah dapat duit. :)

  34. Alia says:

    Salam… saya dah buka sspn-i dan nak mohon ptptn, tapi ptptn kata nombor akaun sspn-i saya tu tak sah. kenapa dan bagaimana nak selesaikan masalah ni? lagi satu, kalau guru kanan bidang yang sahkan salinan boleh ke? sebab dah byk kali pergi sekolah pengetua dan penolong kanan busy sgt2 dan selalu tak ada. yang suruh guru kanan bidang sahkan tu pun penolong kanan HEM…

    • Amini says:

      Soalan: saya dah buka sspn-i dan nak mohon ptptn, tapi ptptn kata nombor akaun sspn-i saya tu tak sah. kenapa dan bagaimana nak selesaikan masalah ni?
      Jawapan: Kalau kes macam ni, saya rasa better awak contact ptptn terus.

      Soalan: guru kanan bidang yang sahkan salinan boleh ke?
      Jawapan: Boleh je. Mana2 pegawai kerajaan gred A 41 ke atas (taraf pengurusan/professional) boleh sahkan sijil awak tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>