#Tutorial – Jom Tukar DNS

Kebelakangan ni, korang sedar tak, isu yang agak gempar di alam maya ataupun internet ni. Pihak MCMC ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dah “block” beberapa website yg dipercayai menyebarkan bahan-bahan terlarang dan bersifat piracy ataupun cetak rompak. Hurmm… Sampai ada kumpulan yang digelar sebagai “ANONYMOUS” dan melancarkan “OPS MALAYSIA”. Apa pulak Ops Malaysia tu.. hurmm.. rasanya tak perlulah diperkatakan di sini kerana isu tersebut agak sensitif. Korang sendiri tau lah kan. Anyway, post kali ni bukan untuk membicarakan pasal ops malaysia tu, biarlah mereka dengan hal mereka, karang tak pasal-pasal aku masuk ISA plak…, tapi nak ajar step by step tutorial mcm mana nak change DNS ataupun Domain Name Server bagi membolahkan korang mengakses balik 10 website yang di “block” tersebut.

 

Tapi perlu diingat, solution ni dipercayai ramai “pakar it” hanyalah bersifat sementara. Buat masa sekarang, pihak ISP hanya block di bahagian DNS saje. Diaorg delete segala IP address sepuluh website tu dari DNS diaorg. So, kalau sesiapa yg pakai DNS yg disediakan ISP mcm TM, P1, Maxis dan sebagainya, memang tak boleh akses lah. Kemungkinan besar, one day diaorg akan block IP address terus. Haa! Masa tu memang tak boleh buat apa la, tukar lah DNS apa pun, tetap tak boleh. Melainkan korang amik servis VPN (Virtual Private Network) atau melanggan Proxy server….

 

Ok, sebelum aku mula, apakah itu DNS? Ok, DNS ataupun Domain Name Server ni bolehlah diibaratkan sebagai sebuah buku telefon yang menyimpan segala nombor IP address website yang terdapat kat seluruh dunia ni. Ok, mcm ni lah, bila korang taip WWW.GOOGLE.COM kat search tab website, search engine dan browser akan tanya DNS server yg telah ditetapkan, apa IP address untuk GOOGLE.COM ek.., dan DNS server akan respond dengan : 209.85.175.106, so, terbukaklah www.google.com kat browser korang. DNS tu bertujuan untuk menterjemah domain name ke IP address. As usual lah kan, susah kot nak ingat IP address, takkan setiap kali nak bukak Google, mesti kena taip 209.85.176.106, kan susah nak ingat tu… Nak cakap kat org pun payah, so, dengan DNS, cukup sekadar Google.com, dan Server DNS akan uruskan penukaran dari domain name ke IP address… Faham tak? Kalau tak faham tak taulah… aku bukan pandai sgt bab2 explain ni… huhu…

 

Cukup untuk penerangan ringkas mengenai DNS, sekarang kita akan mulakan tutorial untuk menukar server DNS… Contoh di bawah adalah jika anda menggunakan perkhidmatan STREAMYX dan anda menggunakan wireless router popular yang diberi secara percuma jika anda melanggan Streamyx, iaitu Riger DB-108WL. Cara nak tukar DNS jika anda menggunakan modem lain pun lebih kurang sama je.

 

1) Pastikan korang membuat sambungan berwayar menggunakan cable RJ-45 dari modem terus ke PC/Lappy. Jgn pakai wireless!

2) Bukak browser korang, tak kiralah Mozilla, Chrome or IE dan taip 192.168.1.1 kat address bar tu.

3) Masukkan default username dan password, “tmadmin” tanpa simbol “__” dan tekan ENTER

 

 

4) Klik “Advanced Setup” dan klik “DNS”


5) Make sure catit dan simpan nombor DNS asal yg tercatit kat situ. In case kalau ada masalah apa2, boleh revert balik ke DNS yang disediakan pihak TM. Kalau tak sempat catit, DNS Streamyx/Unifi yang asal adalah 202.188.0.133 dan 202.188.1.5

6) Ok, lepas tu, masukkan nombor DNS yang baru. DNS yang aku selalu pakai adalah GOOGLE PUBLIC DNS dan OPEN DNS. Tapi buat masa skrg, aku pakai Google Public DNS. Untuk Google DNS replace kan Primary DNS server dengan : 8.8.8.8 dan Secondary DNS server dengan : 8.8.8.4


 

7) Kalau nak pakai OPEN DNS, just replace kan Primary DNS Server dengan : 208.67.222.222 dan Secondary DNS server dengan : 208.67.220.220

 

8) Kalau dah puas hati dengan settings yang telah diubah, seterusnya klik button “SAVE”

 

9) Ok, sekarang kita nak save semua setting dan reboot kan router. Klik “MANAGEMENT” dan klik “SAVE/REBOOT”. Tunggu dalam 2-3 minit, sebab router dalam keadaan reboot. Make sure lampu DSL dan Internet dah dalam keadaan stabil sebelum langkah seterusnya.

10) Nah, dah selesai pun proses untuk menukar DNS.., tutup web management router tu dan test sama ada boleh bukak atau tak website yg da di “block” tu… Try bukak www.megaupload.com, dan try jugak akses kesemua sepuluh website yang dai di block tu. Antaranya Fileserve.com , Warez-bb.org etc etc…

 

SEBELUM (DNS ASAL)

SELEPAS (GOOGLE DNS)

 

Ok, aku rasa bagi pengguna Streamyx yang pakai modem Wireless Riger tu faham kot penerangan aku tu, kalau still tak faham, komen je post ni dan Insyallah aku jawab sedaya upaya yang termampu… hehehe… Tapi satu je yg aku nak cakap kat sini, benda ni hanyalah penyelesaian sementara dan gunakan lah untuk tujuan yang baik. Aku sedar, ramai yg mempunyai masalah nak share file yg memang totally 100% legal, mcm assignment ke, presentation ke, montage persatuan ke (+ve giler kan aku… hahaha). Mcm mana pulak bagi pengguna Maxis Broadband, Celcom Broadband dan juga P1 4G… yg tu aku tak sure pulak mcm mana nak tukar DNS dia. Sebab korang kena tukar menggunaka Windows. Bukan direct ke router. Tapi setakat yg aku try, untuk Maxis Broadband, memang tak dapat langusng nak tukar DNS dia…. Bila aku tukar, otomatik dia kembali ke DNS Maxis… Huhuu…

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Aku dan IT. Bookmark the permalink.

4 Responses to #Tutorial – Jom Tukar DNS

  1. saya says:

    boleh ,semua boleh tukar dia bergantung kepada modem broadband tu ,sya ade gak buat gune modem biasa tu ,dia automatic akan tukar balik,tpi kalau sy gune modem luar macam csl okey boleh tukar…x de msalah

    • Amini says:

      Ok… Thanks bro for the advice…. :D
      Sy memang pakai modem yg maxis bagi tu..
      Maybe settings da lock, tu yg x dapat tukar DNS…
      Huhu…

  2. zerowheel says:

    bro,
    saya dah terpakai wireless connection pas tu tak dapat access router, camne nih? Thanks kalu bole tolong

    • Amini says:

      Salam, modem apa yg anda gunakan? Kalau tak salah saya, modem riger ni even user connected through wireless, still boleh access admin page modem tu. Setahu saya, hanya modem INNACOMM yang tak membenarkan user access admin guna wireless connection…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>