Ada apa dengan Diploma Pengurusan Maklumat ???

Pengurusan Maklumat?? Nak urus maklumat?? Hurmmm.. apa kebenda lah tu kan..

Personally, kalau kita tanya ramai org di luar sana, for sure diaorg akan cakap kos ni mesti mcm Computer Science, blaja2 pasal komputer segala. Yeah! Anda memang totally salah termasuklah sedara-mara aku kat kampung tu… Seriously aku tak faham, bila aku cakap aku amik pengurusan maklumat, mesti diaorg cakap, “eh, amin (gelaran aku di kalangan family) study pasal IT ek?” “Amin study komputer kan, blaja2 buat software kan??”

Taken from : http://informationr.net/ir/12-4/colis/colis02fig9.jpeg

Adoii… ada betulnya jugak, memang ada belaja pasal komputer, tapi peratus nya memang sangat sikit. Senang citer, kami bukan mcm student computer science. Kami mengurus maklumat. Pernah dengar pasal library? museum? arkib?? Haa! Kami belaja mcm mana nak mengurus lambakan maklumat kat sana… hehe…. Pendek kata, kos aku ni, lebih ke arah bidang kemanusiaan…. sains tu ada gak lah sikit, tapi bukan lah pure science mcm Physics, Chemistry, Biology tu… Hahahaha…. Takde pun benda2 tu…. Mcm course science computer, diaorg belaja benda “logik”.. mcm math, programming, tapi untuk pengetahuan anda semua, Kos Diploma Pengurusan Maklumat ni memang totally takde math ok! Tak melibatkan nombor langsung. Tapi jangan disangka takde melibatkan math, ingat senang lah tu… Sekali lagi, anda salah! Pendek kata, kos ni kena banyak makan kismis la senang citer, sebab banyak benda yg nak dihafal. Nasihat aku lah, kalau jenis tak minat membaca, tak minat menghafal, tapi lebih kepada problem solving, jgn lah amik kos ni. Sbb korang akan boring tahap maksima dan takut nanti study2 tak masuk pulak. Banyak terms nak kena hafal… boleh dikatakan, satu chapter tu, memang mcm2 nak kena hafal. Ada sub-sub topik lagi. Tapi harus diingat, hafal dan faham yer…. Faham tu yg penting, mcm mana nak aplikasikan benda tu dalam daily life kita…. Hurmm.. lagi satu, kalau korang tak berapa mahir ENglish, memang mcm payah sikit kut nak score. Sebab semua subject dalam kos ni (Except Kokurikulum dan Islamic Study) adalah menggunakan medium perantaraan Bahasa Inggeris. Tapi tak payah risau lah, part 1 sampai 3, memang ada belaja subjek English.., Insyallah boleh…

Taken from : http://bulletins.wayne.edu/ubk-output/images/5lib43.jpg

Alhamdulillah, aku ditakdirkan masuk ke kos ni. Sebab apa? Sebab AKU MEMANG BENCI MATH TAHAP MAKSIMA!!! ARGHHH!! TENSION AKU BILA JAWAB MATH! Maybe sebab otak aku bodoh kot, tu yg tak pandai math. Pantang la benda kira-kira ni.¬† Otak aku more to benda2 yg boleh berimaginasi, sesuailah kot dengan kos ni yg bila jawab soalan part C aka essay tu, kemahiran imaginasi yang tinggi ditambah dengan “gorengan” yang sempurna (jgn sampai hangit udah lerr ye) boleh mendatangkan markah yang tinggi…. hehehe… Joke.. joke.. ACtually, wajib hafal ok point2 dia… jgn main “goreng” ikut suka hati je, silap2 “hangit”, dah susah. :(

Assignment? Memang banyak jugaklah. Assignment ni datang secara tiba-tiba. Dari satu, ke satu assignment. Tak habis-habis. Based on pengalaman sendiri, even study week pun, aku still kena “struggle” dengan assignment. Padahal org lain da boleh start study.Huh! Alasan je semua tu. Padahal kalau takde assignment pun, kau study ke Mini oii?? Tak pun kan, lalai jugak menghadap Facebook hari-hari.. adehh… Pastu bila dapat result, mulalah menyesal. Yg paling tak tahan, tarikh submit assignment tu dekat-dekat pulak. Memang takde masa nak rehat. Nak rehat tu boleh lah, tapi berpada-pada je. Jgn lalai sangat. Enjoy sana, ensjoy sini.. nama pun student kan.. hehehe… Setiap assignment mencabar sebenarnya. Tak kiralah subjek mana pun. Tapi bagi aku, masa Part 3 ni, assignment CTU dan BEL memang antara yg terpayah. First, untuk subjek CTU, bahan susah nak carik, subjek BEL pulak, aku ni bukanlah reti English pun. English aku still di tahap sampah je kot… Adoyai…. Tapi memang tak sangka, assignment CTU, group kami dapat the highest mark, 13.5/15.. Syukur…syukur…. Even aku sendiri tak faham kenapa markah camtu…AKu jangka dapat less than 10 je…

Presentation? WOHOOOOO… memang banyak ye! Tak terkata banyaknya. Setiap subjek, mesti ada present. Aku cukup menyampah bila turn present ni, sebab faham-fahamlah, aku ni payah sikit nak bercakap, idea pun takde… Tapi demi CGPA, aku teruskan jugak. Hehehe… Oh, sebelum terlupa, Microsoft Word dan Power Point memang wajib ye, di samping kemahiran menaip yang bagus, sebab setiap assignment kena buat dalam Word, dan present plak buat dalam Power Point. Tapi kalau rasa diri tu pandai sgt guna Macromedia, takpe, carry on. Lagi bagus, tapi aku memang sorry la nak pakai Macromedia, tak berapa nak reti… Huhu…

Skop Pekerjaan?? Hurmm.., ni aku tak berapa pandai sangat nak ulas. Tapi menurut lecturer-lecturer dan senior-senior, kos ni banyak gak peluang pekerjaan. Cuma please lah, buang mindset, bila amik Pengurusan Maklumat, mesti kerja library. Actually, banyak lagi pekerjaan yang terbuka untuk graduan IM (Information Management) ni, antaranya boleh jadi pegawai arkib, pegawai sistem maklumat, pegawai rekod dan sebagainya. Harus diingat yer, most syarikat yg besar2, mesti ada information center diaorg sendiri, mcm perpustakaan, bahagian rekod dan sebagainya, mostly, diaorg akan hire bebudak kos IM ni…. Kalau korang nak jadi lecturer pun boleh, tapi mesti result dan pencapaian kokurikulum hebat-hebat lah… Kalau mcm aku ni, jadi pengurus maklumat dalam bakul sampah boleh la kot.. hehe…. Kutip sampah2 tu, pastu yg mana elok, jual…. (apa aku mengarut ni, tapi memang betul pun kan??) Lagi satu, kalau boleh tu, jgn la study sampai tahap diploma je, kalau ada rezeki, continue je sampai degree… masa tu peluang pekerjaan lagi cerah….. Tambah-tambah kalau banyak joint persatuan, ada sifat kepimpinan, lagilah Insyallah, kerja tu datang dengan mudah. Jgn jadi mcm aku, study hancur, kokurikulum pun hancur, satu aktiviti haram aku joint sebab diskriminasi dan dipulau manusia di tempat tersebut.. OPSS!! Hehehe…

Senang ke kos ni?? Kalau senang, kenapa ada yg repeat ye? Ramai pulak tu… so, kos ni memang agak mencabar jugak. Mcm aku kata di awal tadi, even kos ni takde kira-kira, tapi sanggup ke otak korang menghafal fakta? Memang boleh meletup otak ni…. Mcm terms yg memang aku ingat dari part 1 sampai skrg, INFORMATION OVERLOAD… hehe… Kalau kuar soalan information overload tu, memang aku jawab yg tu! Best… hahaha… Berbalik kepada masalah repeat tadi, kalau boleh tu, elakkan lah dari repeat paper.., sebab payah sebenarnya repeat paper ni. Belajar benda yg sama berulang kali. Ya Allah… pastu kena drop subject lagi… Nauzubillah la…, aku sendiri rasa sem kali ni aku akan repeat dua paper., Tapi mintak jauh lah….

Hadoiii… dah penat aku “bersyarah” benda-benda mengarut dalam ni. Hahaha…. Yg penting, jgn “menipu” diri sendiri yer… faham2 lah kan apa dia tu….. hehe…

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in UiTM Di Hatiku. Bookmark the permalink.

131 Responses to Ada apa dengan Diploma Pengurusan Maklumat ???

  1. nurul adila ajimi says:

    salam,,sye dpt dip IM kt UITM,,sya x tahu nk stay form6 or g ke bidg ni??ap pndpt saudara??sye ni jenis xsuke mbce tp InsyaAllah kla bab hfl2 ni InsyaAllah,,

  2. nurul irtika says:

    hye diim peeps. i really love ur writing bout our course. thats makes me feel like wanna to be friend with u, haha LOL. btw fighting information management!

  3. Sharul Azlan says:

    nurul adila, Saya baru je berhenti tingkatan enam dan akan masuk ke kos ni, sebab tingkatan enam tu susah, even cikgu kt sini pn suggest jgn uat stpm, sebab law xscore stpm nak g mane2 susah…(IPTA), jadi jalan selamat masuk lah ke UITM, sambil belajar sambil beriadah dan buat menda amal serta dapat cari pengalaman berguna, saya mula2 tak sanggup gak nak lepaskan jawatan Ketua Pengawas kat sekolah, tapi demi masa depan terpaksa lah, kat UITM pun boleh jadi pemimpin , sebab saya suka memimpin =) ,

    • Amini says:

      Baguslah anda mempunyai semangat nak memimpin… err.. boleh kasi tips sikit tak.. sbb saya ni lebih suka dipimpin dari memimpin org… huhu… which I know tu salah satu sifat negatif…

  4. chah ieza says:

    salam..:) chah baru jerr dpt tawaran at kos nihh…byk y kata kos nie byk mnghafal…btul kan??yang dihafal tu pnjng2 eh??chah kal0 benda mnghafal nie memg suka..chah suka bnda y fakta..p kan rasa macam x konfiden jerr kal0 chah ambik kos nihh, slen dpd assgment,quiz..apa lagi y b0leh,,tambahkan markah…??

  5. Marliyana says:

    Salam :)
    sye berminat nan blog awk..interesting,,huhu..btw,sye wat keputusan nak amek kos pengurusan maklumat ni..sye baru dpt result spm…so sye nak dgn lebih lanjut ttg kos ni…kos ni perlukan kreativiti k?? yela nak design graphic tu..sye ni bab kreatif2 mmg out lar..hehe..hope u can help me :)

    • Amini says:

      Tahniah… mcm mana result SPM? Mesti okay kan…
      Dan anda pasti ke nak study kos ni, memang berminat ke? Kalau berminat, terus kan jelah..
      Kos ni memang memerlukan kreativiti, banyak subjek yg akan menguji kreativiti kita.. mcm masa awak semester empat nanti, awk kena design majalah, lengkap dengan segala isi dia tu… Dan masa semester dua kalau sy tak salah, kena design satu courseware, tu pilihan andalah nak buat tajuk mcm mana.. tapi courseware tu senang citer banyak berkaitan dengan pendidikan kanak2… so di situ kreativiti mmg sgt diperlukan untuk design satu courseware yg dapat menarik minat kanak2 kan… hehe… Anyway, kalau anda berjaya memasuki fakulti pengurusan maklumat, saya mengucapkan selamat datang…. ;)

  6. Fazil says:

    Saya teringin jugak nak amik course ni, sebab saya mmg tak suka pengiraan. Kebanyakan yang amik course ni semua budak pandai-pandai ke?

    • Amini says:

      Bergantung kepada usaha dan kegigihan dia study lah…. Ada yang pandai, ada jugak yg tak… kemungkinan besar yg x pandai tu sebab malas nak study dan takde ‘soul’ masa amik kos ni…. Again, semuanya bergantung kepada nawaitu kita… ada yg SPM teruk (mcm saya), tapi Alhamdulillah, sy rasa boleh je carry kos Pengurusan Maklumat ni…

      Yer… kos ni mmg sesuai untuk those yg tak minat dan lemah calculations… tapi kena ingat, once masuk kos ni, kenalah rajin membaca dan ada kemampuan untuk menghafal fakta. Bayangkan subjek2 dlm kos ni mcm study Sejarah,Biology,Pend Islam etc… (Memerlukan penghafalan fakta yg banyak)

  7. Fazil says:

    Tumpang tanya lagi, majoriti yang amik course ni lelaki ke pompuan?

    • Amini says:

      Hehehehehe… sudah semestinya pompuan yg ramai. Alah, mana2 kos pun sama je skrg… In fact, masa intake saya, ada 1200 student, 400 lelaki, 800 pompuan. So?? huhu…

  8. lina says:

    saya lemah math laa, so mmg kursus nie je yg boleh amik

  9. dauzz says:

    rasa seram pulak bila baca entry ni…nak tanya jugak kalau present tu kena present pasal apa n secara kumpulan atau individu??rasa-rasa macam nak nak ambil kos ni la…hihi

    • Amini says:

      Presentation selalunya secara berkumpulan…, dan mostly semua subjek mesti ada final project yg perlu satu group present kat depan kelas. Ada jugak presentation secara individu, tapi untuk sesetengah subjek jelah… selalunya present individu ni pasal article review. lecturer akan mengarahkan anda untuk mencari mana-mana artikel akademik yg berkaitan dengan subjek yg kita amik (contohnya records management, database management etc etc) kat online database, dan bagi review secara ringkas pasal artikel tu. Nampak mcm payah kan, tapi sebenarnya tak pun.. hehe.. Ada satu subjek tu, sy da kena masa semester empat dulu.., kena review lima artikel sekaligus, dan present kat depan. Mmg sakit gak lah yg tu. Tapi jgn takut, terima tu sebagai cabaran… huhu…

  10. Marliyana says:

    assalamualaikum..:) thanks jawab soalan sye hari tu..kne kreatif k?? alamak..seram lak..tapi..ite gune software an?? bkn lukis tgn an?? aduyai..hehe

    • Amini says:

      Yer… guna software. Antara software yg akan diguna pakai untuk kos ni ;

      Adobe Photoshop, Illustrator
      Macromedia Director
      Adobe Dreamweaver
      Visual Studio (tapi kalau x salah sy, student2 generasi OBE da tak belaja programming)

  11. Marliyana says:

    Hurmmmm…….mcm ne nan peluang kerjaya kos ni?? terhad k?? atau skrg ni mmg ramai yg nak pekerja dari kos ni?? :)

  12. biru_warne_awan says:

    hurm salam . saya macam beminat je dengan cost ni , sebab saya memang totally tak suka kena kira2 ni , lebey rela hafal fakta lagi , tapi saya mcm binggung ja nak pilih diploma pgurusan mklumat ka diploma pntdbiran awam .. ahh poning pala den hee :D

    • Amini says:

      Awk pandai account? Ready nak menghafal segala2 terms law, politic etc etc… Kalau awk rasa boleh, saya rasa better lagi awk masuk Pentadbiran Awam. Tak dinafikan, pentadbiran awam lagi tinggi peluang kerjaya dia.

  13. biru_warne_awan says:

    maksudnya pentadbran awam better lgi dri pgurusan mklumat ke ?

    • Amini says:

      Mungkin…. Sbb rasanya prospek PA ni lebih luas dari Pengurusan maklumat.. Awk blaja semua, dr akaun, economy, politics, law etc etc… So lebih umum… dan kemungkinan boleh jadi pegawai tadbir dan duta malaysia ke luar negara… Tapi again, tgk kemampuan awk jugak… :)

  14. biru_warne_awan says:

    ok2 , tenkiuu yer , atas makluman anda hee :)

  15. shida says:

    Salam.. Mini, im ni de bkak pjj tk.. Isk.. Tringin nk tuko bidang ler…

    • Amini says:

      Yerp… kos IM mmg ada untuk PJJ…
      But kena ada pengalaman kerja at least setahun dlm bidang berkaitan (kalau based on website fakulti)

  16. Insan Neurosis says:

    How come tak gheti guna Macromedia.Part berapa ni? Dari skop pekerjaan bukan boleh jadi pegawai sahaja.It include as programmer,Information scientist,information Analysis,Information broker,information system specialist,information technologist and information intermediaries.

    Pada saya course IM sangat penting dan bermanfaat.Cuma Malaysia ini baru mula sedar betapa pentingnya how to organize maklumat berbanding dengan negara-negara maju seperti Jepun,Korea,China,German and US.Siapa dah tonton kdrama City Hunter,Kalau belum tonton disarankan untuk menonton. macam tu la rupa budak-budak IM urus maklumat.Lagi satu aku setuju dengan Mini pasal course ini agak mencabar.Kalau English tak hebat aku tak sarankan supaya ambil course ini.Sebab dari part one sampai part six kalian akan didedahkan dengan presentation which required you to speak in English.Individual and group assignment memang banyak gila.Sedia la duit cukup2 untuk print assignment tebal2.hehe.

    Well Mini.Rajin gila review course IM eh.Aku pun tak berapa nak rajin review benda ini.Tapi tak apa.Aku dah tamat pun pengajian.Tengah tunggu result semester akhir.So aku rasa kau ni mesti pangkat Junior lagikan.Glad to meet you.Study elok-elok. :D

    • Amini says:

      Hahaha… I guess ko mesti part 6 kan skrg…. Aku baru je habis part 5, and Insyallah, next sem da masuk part 6 (tu pun kalau tak repeat subjek apa2 kan)… Anyway, bukan x reti langsung pakai benda tu, cuma tak lah master sgt… just benda2 basic taulah pakai. Yerp, betul apa yg saudara katakan tu, kos ni mmg kena print assignment tebal2… and kalau tak salah, paling tebal pernah aku print are about 120 pages! Gulp! And yes, English is really important…

      Anyway, dari kampus mana ni? Kelantan jugak ke?

  17. mia says:

    ya, betollllllll…bkn komputer semata2, librarian bole, rekod officer bole..sy pun BENCI math… alhamdulilah, skrg tgah cuti sem untuk masuk part 4 sem depan…

  18. syamil says:

    salam…nk tnye r spm 2011 saye ok2 jer B.Inggeris saye C and math saye D….cbb saye x suke sgt r dunie pngiraan….rase2 saye layak ke nk dpt kos niew…

    • Amini says:

      Rasanya dgn result tu awk boleh try apply untuk kos ni. Sbb keperluan MINIMUM untuk kos ni ;

      Sekurang-kurang 5 KREDIT TERMASUK BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

      dan

      LULUS MATEMATIK/MATEMATIK TAMBAHAN (At least dpt E ke atas)

  19. syamil says:

    nak tanye lagi,yg awk ckp 400 pljr llaki n 800 plajar pompuan itu untuk jmlah uitm sluruh ngare atau kat tmpt awk jew….awk uitm mane eh??

  20. syamil says:

    awk punye spm dlu pndai ke

    • Amini says:

      Kalau SPM saya ok, sy maybe da fly ke oversea or continue study sy kat UM ke kan… ;)

      SPM sy biasa-biasa je… org kata cukup makan jelah…

  21. syamil says:

    course ni pilihan prtame awk ke mase isik upu?

    • Amini says:

      Tak, kos ni pilihan kedua. Pilihan pertama sy amik pengurusan hotel.. Tapi mungkin sbb math dpt B je kot, tu yg x dpt course tu…

  22. syamil says:

    sye rase x konfiden r dpt cbb saye un ade 1A..result 1A5B1C n 1D..awk phm2 lakan klau pkai sistem merit…hmm…

    • Amini says:

      Cuba je apply…. result sy pun lebih kurang anda jugak dulu… Tapi sy dpt je tawaran… first intake lagi.. ;)
      Semuanya bergantung kpd rezeki.. kalau Tuhan dah takdirkan kita dapat, mmg tulah jalan kita…

  23. fatimah says:

    hye !! :p saya pun amek DIIM part 5 skunk.. insya-allah sem dpn part 6… saya mcm awak gak x bape master gune macromedia… sem ni tough subject VB kan.. :) insya-allah mgkin nak amek rekod kot for degree nanti.

    • Amini says:

      Huhuhu… mmg tough giler subjek VB tu. Seriously tak taulah apa nasib subjek IMD303 tu…. Mintak2 la lulus… Tapi ikut firasat, rasa mcm kena “ulangkaji” balik je subjek tu… Lagi satu, paper IMD305 (Preservation) pun agak tough jugak… Anyway, dari kampus mana ni? :)

  24. fatimah says:

    HAHA.. aah.. ya ALLAH mase jwb paper preservation tu tuhan je taw ape perasaan … semuanye brieflyyy :(.. saya kampus segamat… xlame lagi result kuar kan.. harap2 kite semua berjaya :)

  25. syamil says:

    mase awk first intake dlu…. ade x yg math diorg slaen A,B,C…i mean lulus je x kredit…hehe

  26. hafazlinhassan says:

    this is awesome…DIIM tu bkn mudah mcm apa yang org ckp..sebaliknya sangat rumit utk menghafal semua facts…especially records, sgt mencabar..

  27. ren07 says:

    lekk arh syamill.. aq dlu 1A jgk. dpt je kos nih.. pilihan ke 5 lak tuh. btw, resut bile eh?

  28. Marliyana says:

    assalamualaikum :)

    nak tanye..hari tu sye wat uji minat kerjaya..sye ni kategori sosial//sesuai k amek kos ni??
    ENGLISH sye just B+ je…agk2 leh k bawak??

    really ned you opinion.. :)
    thanks :)

  29. pia says:

    salam hai… sye baru je dpt tawaran kos IM nie.. hati sye memang berminat nak ambil kos nie..sbb sye memang suke sgt mnghafal..mase skolah dulu pon,sye suke sgt mnghafal sejarah,biology.. tapi, my english not better la.. sye takut pulak tak boleh bwk..mcm mana erk?

    • Amini says:

      Congratz! Bukan senang nak dapat tawaran masuk UiTM sebenarnya.. tambah2 melalui UPU. Sy rasa takde masalah kalau English awk tak berapa bagus. Sbb ramai member sy, yg English diaorg pun di tahap average je (tmasuk sy sendiri), dpt jugak kami bawak kos ni. Jgn risau, semester 1,2 dan 3 UiTM mewajibkan semua student amik subjek BEL (English) untuk 2x seminggu. So awk boleh asah skill ENglish awk dlm kelas tu. Lecturer akan ajar English dari basic (grammar, verb etc etc) sampailah ke yg advance (buat annotated bibliography, fact essay etc)… :)

  30. pia says:

    ape kelayakam kalau nak jadi lecturer? hehe..sye nak tahu sgt… :)

    • Amini says:

      Kalau tak silap sy, most lecturer sy ada master degree in information management. Maybe awk kena ada master la kot.. baru boleh jadi lecturer…

  31. pia says:

    sory *kelayakan

  32. amni says:

    kos pengurusan maklumat best ! nak2 tang belaja guna komputer , html ..tak sabar nak masuk sem3 bkk cuti ni ^^ ,

  33. Wawa says:

    adoy..actually i tak tau nk ambk kos pe utk smbung study after sye abis spm nie?…huhu…oleh krana otak sye nie lmbab mcm siput psal mate..that’s y i t’tarik dgn kos nie..munasabah ke sbab sye utk masok kos nie?…arrr…sye prlukan bntuannn…..sye kliru nk ambk kos paa??

    • Amini says:

      Hahaha… anyway tahniah sbb dah habis SPM. Boleh cakap yg SPM tu antara cabaran ‘terbesar’ yg bakal menentukan masa dpn kita kn. Hmm.. if you ask me, rasanya tgk apa yg anda minat lah. Sbb sometime kita kena ada ‘soul’ kt something yg kita buat, especially bila melibatkan masa depan mcm ni. Kalau anda rasa boleh carry kos pengurusan maklumat ni, tak salah kalau nk cuba memohon kan. Cuma tu jelah, kena ada ‘soul’… Boleh carry ke subjek yg hampir 90% adalah melibatkan penghafalan fakta dan menggunakan English as a main instructional medium….

  34. Wawa says:

    thanks bro 4 the opinion!!,,i appreciate it,,n sye rsa lega ckit nk try msok kos nie..=),,insyaAllah, sye kn cuba gak yg t’baik utk m’pelajari kos nie nnti kalau sye dh d trima kat mne2 IPTA dgn kos nie….bnyi nyer cm mnarik jer after sye bca awak punye prkongsian story tu..hehe,,doakan2 kn je lh yg sye akn dpt carry on dgn kos nie nnti..=) tmbah lagi kos nie tak mlibatkn angka atau bahasa yg lbeh mudah d fahami iaitu MATEMATIK!!,,mmang sye syokk gilerr lh dgn kos yg tak mlibatkn pengiraan langsung nie,,haha…thanks for the second time!!..=D

  35. chah ieza says:

    salam :) tq for koz sudi reply comment ..even chah lmbt baca p.. now chah dah jd student IM so far chah rasa mcm best pulak maybe ini y chah minat kot..heheh hopefully sem y akan datang chah leh perfom an btter g..coz sem one nie pun chah dapt llus sume n pointer pun okey..btw..tq coz dsbbkan chah baca blog awak..chah rasa yakin n nak terima tawaran koz ni dulu…tq byk2 yerr.. :)

  36. Luzz says:

    Utk IM ni, kampus dia mmg dkt kelantan saje ker? Dkt perlis ada tk diploma ni?

    • Amini says:

      Hmm… Kat Perlis mmg takde kos ni… Kalau kampus yg ada IM, and terdekat dengan Perlis pun kampus UiTM Merbok, Kedah. Yg tu ada IM….

      Antara kampus UiTM Negeri yg ada IM ;

      Kelantan (Machang), Kedah (Merbok), Johor (Segamat), Sarawak dan semestinya main campus kat Puncak Perdana, Shah Alam… (yg ni kalau tak salah sy takde pengambilan diploma dah, degree je kat PP)

  37. SITI AISHAH says:

    thank you for your information… sy pn amik kos IM gak di UiTM Merbok… so, good luck lah who yg amik IM…^_^

  38. amin says:

    kpd adik sume jgn tkot…sy buat diploma IM via pjj jer…mmg trbaek la kos ni…kne dgn sy yg kje kt library ni..sakng sy da sem 3..kos ni xde la susah sgt…asalkan tau spatah dua english…da boleh da..paling best xde math.!!>.hehehehe

  39. pia says:

    kos pengurusaan mklumat nie, same tak dgn teknologi pengurusan ??

  40. Ibu Pelajar says:

    kalau anak makcik tak suka matematik sebab dia dpt kredit je mate tapi sejarah dia sangat minat dapat A….adakah kos ini sangat sesuai utk anak makcik.

    1) berapa tahun belajar ?
    2) senang dpt kerja
    3) susah tak kos ini

    • Amini says:

      1) Kalau sebelum ni tiga tahun, tapi sekarang dua tahun setengah je (lima semester)

      2) Yg tu saya tak berani nak komen… tapi apa yg sy dengar, most of senoir2 kos ni mmg alhamdulillah, bekerja dlm bidang berkaitan dengan kos ni…

      3) Nak kata susah tu, tak lah jugak. Masih di peringkat sederhana. Ada subjek yg susah, ada yang mudah. Senang cakap, mindset kita tu yang penting.. Kalau saya nak kata senang, kenapa ada yang repeat subjek2 dlm kos ni, ramai pulak tu. So sy x berani katalah senang atau tak.. bergantung kepada mcm mana ank mak cik adapt dengan kos ni… Tapi serious saya cakap, subjek ni mmg banyak menghafal dari mengira…

  41. hi!!sangat teruja jumpa blog pasal dak DIIM.. teruskan ar promote kos nie..seriously x susah kos nie klu suka menbaca&m’hafal(saya cakap sbb sya dah habis dgn jayanya)..infact dah sng sbb bnyk sbjek dah rombak tuk dak OBE plus skrng nie juz 5 sem jer..cuma rugi sbb dah xder programming yg penting sbb dgree t ada system..hope pas nie org x pndang sebelah mata dekat bdk IM..

  42. maryamin says:

    hi mrya here. just wanna ask. is this subject include about information tech? sbb agak low siket about IT ni. and is it same as dip pengurusan and tek.pejabat? just wanna know. sbb tak tahu nak amek antara IM dgn BM.

  43. maryamin says:

    ohh sory not BM but OM

  44. asma says:

    salam..nak tanyer..sayer bru lpsan stpm dan akan masuk u bulan sept nie..sayer dapt kos sains pengurusan perpustakaan dan maklumat..boleh tak detail kan aper yg diajar dalam kos ni..plesss

    • Amini says:

      Wa’salam..
      first of all, tahniah sbb dpt sambung degree… :)
      Actually saya tak pasti sgt tentang pengajian di peringkat ijazah..
      Sy sendiri pun masih dlm diploma semester akhir… Kira nanti awk jadi senior saya la time degree.. hehe
      Tapi kalau library tu, awk akan blaja mcm cataloguing (or bahasa mudahnya, cara nk mengklasifikasikan buku2 dgn bahan2 dlm library tu)
      Since awk freshies dari STPM, awk akn start blaja dari basic… Kalau kami yg diploma ni, kami da blaja subject basic tu masa diploma, so transfer credit je..
      Subject basic tu mcm fundamentals of information management, cara nak buat citation yg betul, pc maintenance etc etc…

      • Dato professor Dr Raja ABdullah Yaacob says:

        Salam,

        Kebetulan saya pensyarah tertua fakulti ini Semua [elajar pernah belajar dibawah saya. Dulu pun saya sangsi tetapi rupanya peluang career banyak. Lagi ppuns elepas diploma you boleh ambil ijazah lain. Saya bangga kerana ramai pelajar dari ijazah lain mengambili master in Information Managment.

  45. mia says:

    assalamualaikum..saya bkal student uitm machang intake bln 9 ni pengurusan sistem mklumat.. oww mak aih,xnk jao plak dr JB ke klntan..ok ke uitm machang ni???

    • Amini says:

      UiTM Machang ok je…
      Awk boleh refer kat post2 saya yang sebelum ni… Byk da saya citer life sy kat UiTM Machang…
      Cuma satu je yg sy nak pesan, kat machang ni mmg slalu menghadapi masalah bekalan air..
      So get ready jelah dari segi mental and physical.. Jgn terkejut pulak nanti…
      Good luck.. :)

  46. Ibu Pelajar says:

    terimakasih….

    sekarang ini anak makcik sedang belajar pra dipoma ( perdagangan ) di uitm…

    jika selepas lulus pra diploma yg mana satu sesuai anak makcik nak pilih ye…

    1) dipoma pengurusan maklumat
    2) diplooma pengurusan teknologi pejabat
    3) diploma pentadbiran awam

    kalau anak makcik nak belajar pengurusan makumat senang dpt tak…

    berapa cgpa dia mau…

    boleh jimatkan tahun, bagaimana, cgpa berapa kalau nak cepat ke degree

    • Amini says:

      Saya rasa better anak mak cik amik pilihan ke-3, Diploma Pentadbiran Awam….
      Tapi tgk soul anak mak cik tu jugak.. dia minat study yg mana… terpulanglah kat dia…

      Insyallah, kos pengurusan maklumat ni antara kos yg senang nak dapat kat uitm… CGPA tu kalau boleh ensure 3.0 ke atas masa pra-diploma…

      Kalau nak jimatkan masa (buat trek pantas penerapan diploma semester 3 ke ijazah) – minimum CGPA pun masih sama, 3.0 dan ke atas…

  47. Ibu Pelajar says:

    dik…sekarang ni anak makcik belajar kat uitm seri iskandar…

    kalau dpt pengurusan maklumat, dimana cawangan dia ye…boleh pilih atau minta yg dekat ker…

    makcik sangat berharap anak makcik dpt sambung degree ke pengurusan malumat juga

    • Amini says:

      Diploma Pengurusan Maklumat ada kat kampus cawangan KEDAH (Merbok), KELANTAN (Machang), SEGAMAT (Johor), dan SARAWAK (Kota Samarahan)
      Saya tak sure sama ada main campus (PUncak Perdana, Shah Alam) – ada offer atau tak program diploma.. tapi setahu saya lah, mmg takde, diaorg akan place student2 diploma ni kat kampus cawangan negeri…

      Tukar kampus tu mmg tak boleh. Once anak mak cik dah dapat kampus yang dinyatakan dlm surat tawaran tu, mmg tu lah keputusan muktamad. Tapi mungkin (saya ckp MUNGKIN ye…, better mak cik tanya pihak yang berkenaan, mcm unit pengambilan pelajar uitm) boleh buat rayuan, tu pun atas sebab-sebab yang sangat kritikal, mcm masalah kesihatan dan lain2….

  48. asma says:

    ohh..trimass.tapi risau la tak leh bawak..tapi mmg minat kat kos nie pon..kat skola dulu g da jadi librarian..hohoho..betoi ker kos nie bnyk mghafal..pastu sumer sbjk da la dlm bi..hohoho macam maner la nak mghafal dlm bi??da la bi pon semput..huhuhu

  49. yen ramirez says:

    salam..satu usaha yang bagus dr pihak Amini utk membicarakan mengenai course IM ni..menarik..

  50. Dila Milin says:

    Salam, dulu saya student dip pengurusan maklumat kat UiTM Kelantan. I’m proud to be IM student! :D

  51. atie mohamad says:

    salam.. sy bmnt dgn pgurusan mklmt nie..tpy bab iT tu sy kurang mahir la.. sy na tye better sy amik pgurusan mklmt @ pntdbiran awam ? sy mgmbl mtpljrn ekonomi asas dan akaun mse spm..

    • Amini says:

      Kalau anda mampu, rasanya pentadbiran awam lebih better dari pengurusan maklumat. Pentadbiran awam ni kira skop dia lebih luas sbb korang mmg blaja banyak benda. Tp susah sikit nk cope sbb ada suject mcm math, law, economy, politics etc etc… Kalau rasa mampu bawak, mmg sy totally syorkan amik pentadbiran awam. :)

  52. Sorfiena says:

    terima kasih untuk maklumat ini :) terima kasih sangat sangat sebab sudi bersyarah panjang panjang :) saya suka membaca blog abang ^__^

  53. Sorfiena says:

    pentadbiran awam ada math , law , economy , politics and etc … ok . susahnyaaa -_____-’ semua bahasa inggeris , x dak bahasa melayu pun . haha . dah lah BI pon macam apa je -__-’ tension pulak rasanya :\

  54. HASNIZA HASSIM says:

    Assalamualaikum, congrats to whom created the post. Good discussion here about IM. I’m sure that you are one of the IM students who are really into IM, is it?
    I am one of the lecturers in this IM course, specified for LIBRARY AND INFORMATION SCIENCE. For further details about the course, you can refer to UITM PUNCAK PERDANA website. Thus, for the qualifications of education to further your study in IM course, you can refer to the requirement stated by UPU. For those who are already in the course, goodluck for your studies, and for those who are coming in, WELCOME TO IM FAMILY!

  55. nuyun says:

    assalamualaikum..hye..alhamdulillah..sy dpt course ni..tp agak kcewa sbb ni plihan ke2 sy..ptut ke sy pegi?hati rse berat sgt nk pegi..patut x sy lepaskan course ni then sy trus keje je?

  56. mira ramli says:

    oookk,,tank a lot,,mule2 rsau gak nk amek kos ni sbb saye x suke sngt math,,tpi bile da bce pnjg lebau,, kwng la skit tkotnye, TERIMA KASIH :3

  57. handsome says:

    assalam,terlebih dahulu saya meminta maaf kerana saya ingin bertanya.saya dicadangkan untuk memilih bidang ini.boleh terangkan dengan lebih lanjut tak mengenai bidang ini?terima kasih.

    • Amini says:

      Senang citer, kos ni banyak belajar tentang information. Anda akan belajar pasal library, arkib, museum dan segala benda yg anda belajar nanti cabangnya adalah information.

  58. lalola says:

    ahaha, sayw pun dapat result spm baru2 niy… letak course ni during upu application…. pilihan pertama pulak tu… tapi nak jugak pengurusan pejabat sebab dikelilingi perempuan, hihi

  59. tuti says:

    salam,,sye student lpasan spm,,tp skunk dlm dilema x tau nk ambk kos ape,,ble bce entry n komen dlm nie rse mcm course nie best,,tp sy nk mntk pndgan mini antare IM n pentadbiran awam mne lg sesuai untk sy,,sy x ske math tp x tau mcm mne spm boley dpt A plak,,bab2 menghafal nie boley r siket2,,sejarah pn dpt B+ je,,other than that mse spm sy ad ambk subject Information and communication technology (ICT),,pon dpt B+ je,,tp basic siket2 2 ad la mcm programming,database n more to computing,,tp risau gak coz B.I dpt C je spm,,tkt x boley carry,,xpn klo awk tau course yg sesuai ngan sy n based on result sy Spm sye dpt 6A 3B+ 1c,,..please help me,,..

  60. Nazlina says:

    Salam. Saya nak tanya ,, Diploma Pengurusan Maklumat sama ke dgn Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat ??

  61. DD says:

    crse IM nie ok ke??ada la gak apply crse nie dlm UPU..sya pown skrg dlm dlema ye la skrg sume org tgh serabut nk smbg study at mna..sya dpt frm6 tpi dlm msa yg sma sya nk smbg study at U..yg mna lg ok antara frm6@U..

    • tuti says:

      hi,,saya nk bg pndgan,,sye pn mcm awk,,saye msok form 6 dulu tp x byr ape2 lg sebab orentasi dy 3 minggu,,so,dlam tempoh 3 minggu 2,,result upu dh kluar,,so 6t sy pk la nk msk f6 or u,,tp klo sy better sye akn ambk u kot sbb klo msok u kte dh mmg trjamin dpt u tp f6 x tau lg,,lgpn skrg prsaingan sengit nk msok u sbb ramai bdk pndi.. :)

  62. vvlyn says:

    salam .. akk nk tnya ckit.. sy bru sje lepasan spm 2013.. dan skrg sy telah dtwarkan msuk k f.6 .. sya hari tu ada mohon upu utk kos ini tp sy baru tau yg kos ini xde mathe lngsung.. agak2 nye .. boleh tak skiranya sy nak tukar kos ni ke kos perakaunan nnti? dan mcm mna nak tukar tu ? sbb dlm borng upu tu sya plih pngrusan mklumat.. sya harap kkak dpt jwb prtnyaan sy nie.. thnks .. :)

  63. Pia says:

    Saya dapat tawaran dip pengurusan teknologi. Errr. Nak tahu la , pengurusan teknologi sama ke dengan pegurusan maklumat ? Saya tak tahu langsung pasal ni semua

  64. fit3 says:

    sye dpt kos ni, patutkah sye pergi?? or stay form 6?

    • Amini says:

      Saya tak berani nak komen banyak…

      Kalau form 6, awk tak dijamin lagi dapat masuk ke universiti, kena amik STPM dulu kan dan kena apply semula melalui UPU.

      Tapi kalau awk amik diploma uitm, memang dah terjamin kedudukan awk kat universiti. Lepas habis diploma tiga tahun, uitm akan beri ruang untuk awk sambung ijazah terus (kalau sambung ke fakulti yg sama, dapat jump terus ke semester tiga). Kalau nk rasa kehidupan universiti, terima je tawaran tu. Tapi kena bersusah-susah dululah… Silibus Kos IM tak lah sesusah awk nk jawab STPM, tapi cabaran sebenar adalah bila awk kena deal dgn kehidupan kat universiti yang jauh dari parents, duit kena keluar banyak, nak balik rumah susah, peer pressure dan mcm2 lagi. Kalau STPM, awk just perlu kerah otak je untuk study (STPM kalau x salah saya salah satu exam paling susah di Asia), tapi yg untungnya awk dapat stay kt rumah dengan parents dan duit belanja pun tak banyak, lagipun kalau ada masalah dgn member ke apa, balik rumah memang tak hadap muka dia dah. Berbeza dgn kat U, mmg kena hadaplah muka dia tu sepanjang hari smpilah awk cuti sem. Hehe…

      Tepuk dada, tanya apa yg awk nak dan mampu bawak… :)

  65. fit3 says:

    kalau amik kos ni, tak pass pointer kene tendang ke? and, nk smbung degree nnti bleh amik kos lain? mcm ijazah pendidikan.. saya nak jdi pendidik sbnarnya ..

    • Amini says:

      Yes… tapi uitm taklah tendang terus. Dia akan kasi peluang dulu untuk student perbaiki pointer diaorg. Degree boleh je amik kos lain tapi make sure pointer power kalau nak tukar kos. Insyallah, saya yakin anda boleh carry kos ni. Kalau minat sejarah, minat english, minat mengarang, minat membaca, suka menghafal dan benci nombor, memang kos ni sangat sesuai untuk anda. Tapi kalau tak suka membaca, tak suka menghafal, tapi suka mengira dan menghadap nombor-nombor, memang kos ni bukan untuk anda. Ditakuti anda akan bosan dan tepu otak sebab tak snaggup menghadap banyak sangat fakta dalam satu2 masa, tambah2 semua tu dalam english. :)

  66. fit3 says:

    nk tengok nota2 yg dulu2 boleh? sye nk tngop boleh tak sye carry kos ni.. and, semua presentation dlm BI ke??

  67. zuraini says:

    untuk anak ….ada apply pra diploma (manual hantar borang p uitm -merbok kedah ) dan apply on line upu …..duka cita….buat e rayuam 2/6/13

    resut anak 1a 4b 1c ,1d ,1e (a-sains) 4 b-b.m ,sej,pengurusan pejabat .d-ing e-maths. ada apa yg sesuai ngan dia

    • Amini says:

      Setahu saya, berdasarkan result yang Puan Zuraini bagi, memang program pra-diploma perdagangan je yang sesuai untuk anak Puan.
      Kalau untuk diploma pengurusan maklumat, perlu kredit di dalam Bahasa Inggeris (dapat at least C)
      Bila dia masuk pra diploma nanti, dua subjek yang kelihatan agak lemah mcm English dan Math tu diaorg akan lebih tekankan. Memang belajar dua subjek tu je kalau tak salah saya based on roomate saya yang amik pra diploma dulu. Lepas habis pra, selalunya kalau result okay memang 99% peluang nak diserapkan ke program diploma tu ada. :)

  68. fiq says:

    salam..nak tanya..kos ni dekat uitm mana yg ada ye?
    kalau lelaki yg belajar kos ni ok x agak2?

    • Amini says:

      Kelantan, Segamat, Kedah, Sarawak dan Puncak Perdana…
      Lelaki? Ok je.. takde masalah. Tak kiralah anda lelaki atau wanita, yg penting adalah NAWAITU. :)

  69. ainathirah says:

    salam..
    first nk ckp tahniah sbb berjaya buat sy rasa bangga dgn student IM mcm awk,salam perkenalan:)

  70. aliaa says:

    asalam. akak spm berapa. kalau spm tak ada A. Dan math at least D ? Rasa dapat tak ? tolong sye. nak sgt sambung om ni. btw sye blum abes spm lg. last paper 2 disember. tq

  71. anonymous says:

    nak kena hafal2 semua tu ,dalam BI ke ? memang xde bhn rujukan yg boleh dihafal dalam BM ke ?

  72. nik nur idayu says:

    saya memang ambk kos ni..bru hbis part 1…mslhnye sy ni A+ MATH…sejarah A- je..dapat kos ni ingt xnak pegi…tp ank slung kn..kne pkir psal adk2 gak…tp sy punyer sistem…mcm mane ni???otak sy bkn mnghafal….

  73. Fatin says:

    Salam hye korang..sy time dip mmg amik course nie..yup mmg sgt mencabar kerana bnyk gila assignment yg perlu kita buat n lepas tu mmg for sure kena ada presentation. First2 mmg xbape confident lame2 akan okay. Dan skrg sy dah sambung degree in Library Science and Information Management n Alhamdulillah dah grad on time pon ;) Actually course nie mmg bnyk pengetahuan dan skill yg kita boleh dapat. So sape yg akan amik n dah amik course nie teruskan sampai habis. Rugi jika dah amik tapi drop. Good luck untuk korang sume :)

  74. nur says:

    Thanx a lot…
    rasanya sya akn ambik kos nie,,,

  75. Hana says:

    Kalau Computer Graphic Design macam mana ye?

  76. afrina says:

    Salam kak amini ,,,sy bru lepasan spm 2013,,sy dapat kos sama dgn akak baru2 nie ,,so sy nk tnya susah ke kea stdy kos niey ?, sy tkot sy xbleh bwa kos niey,,..,bnyakkan kos niey gunakan bhasa inggeris,..,sy niey xpndai bhsa inggeris ,

    • Amini says:

      Bergantung kepada diri sendiri. Ada yang kata susah, ada yang kata senang. Kalu bagi saya, in the middle. Tak susah, tak senang. Ada subjek yang killer, ada yang biasa-biasa je. Adatlah kan, semua kos rasanya macam tu.

  77. ohh no says:

    eh bahasa arab ada kan ? kalau ada memang terlokop lhaa >< if ada bahasa arab tuh failed macam mana -.-

    • Amini says:

      Untuk diploma pengurusan maklumat, bahasa ketiga macam arab, mandarin dan france memang takde belaja lagi masa diploma. Bila masuk degree nanti baru blaja. Alah, tak susah mana pun, rasanya takde sapa pun member2 saya yang fail subjek bahasa ketiga ni masa degree. Dia takde final exam pun. Tapi kalo let’s say awak fail (nauzubillah, mintak dijauhkanlah) kena repeat baliklah sampai lulus. Lambat lagi, time degree baru ada.

  78. rueihanna says:

    kalau utk org yg mmg tak tahu lgsg nk pilih course apa utk msuk U nnti, is it this course is recommended ? saya tnya bagi pihak adik saya, :) saya skg buat research course apa yg sesuai utk dia nnti bila dia dah hbis SPM this year.

  79. anith says:

    sy pun benci math tahap maksima. tapi kira duit saya suka lah. haha

  80. Syasya says:

    Nk tny course nie ade temuduga ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>