Kerjaya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Insyallah aku akan mula berkerjaya pada 1 Julai 2015 yakni esok. Kerjaya apa? Tak perlulah dicanang sana sini sebab jawatan yang aku dapat ni pun taraf bawahan je. Gaji pun ikut hari saja bukan tetap serupa orang lain kan. Sesuailah dengan taraf pendidikan dan kecerdasan otak yang tahap siput sedut si tuan tanah ni. Aku sedar aku ni kurang bernasib baik di dalam pelajaran (ke semua benda?). So what you give is what you get la kan?

I shouldn’t continuously nagging about this. Bersyukurlah, kau kena fikir berapa ramai lagi umat manusia yang menanam anggur dengan jayanya di luar sana. Walaupun berjawatan kecil taraf marhaen lagi hina je pun, tapi sekurang-kurangnya Allah masih sudi memberi rezeki kepada aku. Bersyukurlah, Insyallah, jika aku bersyukur Tuhan akan menambah rezeki mungkin bukan sekarang tapi di suatu masa kelak. Harapnya begitulah… Aminn…

Persediaan nak kerja? Entahlah.. takde persediaan apa pun. Nak persediaan apanya kan? Baju korporat, seluar slack dan tie memang dah berkepuk ada dalam almari tu. Aku tak memerlukan baju yang berfesyen aneka ragam sangat sebab malas la nak amik kisah pasal benda-benda tu. Banyak lagi benda lain nak fikir. Apa yang aku risau sekarang, nak berulang dari tempat kerja tu je. Jauh la jugak. Dalam 50KM camtu. Amik masa dalam 40 minit perjalanan dari rumah ke tempat kerja kalau naik highway ya. Tol pergi balik dah RM6 (sehala RM3.00). Belum kira kos minyak lagi. Makan minum tak kisah sebab sekarang kan bulan posa. Nanti bulan tak posa aku plan nak angkut ‘bento’ je dari rumah. Senang, jimat banyak dah tu bawak bento kan.

Aku terfikir jugak adakah perlu aku sewa rumah saja? Tapi bila fikir balik aihh macam tak berbaloi je. Better aku berulang jelah hari-hari. Aku mula-mula merungut jugak awatlah depa campak aku ‘jauh’ sangat? At the end mungkin semua ni salah aku jugak kot berdasarkan jawapan aku masa interview empat bulan lepas ……… (mood flashback)

“Khairul, kalau kami tempatkan kamu di mana-mana saja dalam Perak kamu tak kisah, kan?”

Dengan konfiden aku menjawab;

“Takpe encik, saya ni muda lagi (muda la sangat), masih bujang bermaksud tanggungjawab ke atas keluarga memang tiada. Jadi saya tak kisah ditempatkan di mana-mana saja asalkan masih di dalam negeri Perak ni encik. Lagipun saya nak cari pengalaman saja.”

Nah, sekarang padan muka aku kan! Siap cakap nak cari pengalaman tu memang tak boleh blah! Merasa la pergi kerja jauh hari-hari lepas ni. Hahahahahahahuhuhuhuhuhuhuhu… (gembira dalam sedih). Itupun mujur la dia campak takdelah hulu sangat kan. Masih boleh berulang. Cuba kalau dia campak aku kat Tapah ke, Tanjung Malim ke, Gerik ke, Bota ke, Ipoh ke, lagi haruuuuuuuuuuu. Apa-apa pun, berbalik kepada point pertama tadi, sila bersyukur :)

Kredit kepada: geolocation.ws

Rutin harian lepas ni pasti akan berubah 180 darjah punya! Dulu hidup takde tanggungjawab. Boleh buat sesuka hati takde hala tuju kan. Nak tidur lewat boleh, nak  tidur awal boleh, taknak tidur langsung pun boleh. Nak membongkang tengah hari sementara tunggu Zohor pun takde masalah. Nak buat kek sampai oven meletup pun boleh, nak kukus kek sampai air kering lantas berbau hangit satu rumah pun boleh, nak surf internet sampai 8 jam sehari pun boleh. Nak tengok ketuk-ketuk ramadhan boleh, nak tengok azam ramadhan su pun boleh, nak tengok chef ramadhan pun boleh (apasal rancangan yang aku tengok semua bertaraf kekampungan??) Nak merayap ke mana-mana pun boleh, hangkut jelah Cik Zaza tu kan, takpun Cik CilCil tu. Hahahaha.. apalah aku merepek ni.

Seriously, it takes time for me to adopt my new lifestyle. Tapi dah nama pun kehidupan kan, pasti penuh dengan cabaran dan pancaroba. Ya Allah, kuatkanlah aku menghadapi semua ni. Mula-mula aku dalam dilemma jugak sebab banyak perjalanan sebenarnya dah aku tempuh untuk dapat jawatan ni. Kau mampu imagine tak, kerja taraf biasa-biasa orang pandang hina macam tu pun siap kena amik exam sampai dua kali. Sekali masa sebelum interview, dia tapis panggilan interview via exam. Hari interview tu pun, lepas je interview terus kena jawab exam lagi sekali kat situ. Soalan pening-pening pulak tu. Haihh.. tak faham aku. Lainlah jawatan Pegawai sekian sekian ke, Pengarah sekian sekian ke logiklah jugak kan nak dibuat exam apa segala. Meritokrasi…..

Lagi satu, minggu lepas masa tengah tengok aksi si emma keembong yang cun ex zizan tu (eh?) pura-pura reti masak konon resipi sendiri walhal shiela rusli yang bagi resipi kat ketuk-ketuk Ramadhon, tetiba aku dikejutkan dengan panggilan dari seseorang mengatakan aku kena attend interview pada 6 Julai nanti. Kat tengah-tengah Kuala Lumpur kota metropolitan (ke metropolis?) pulak tu! Haihhh.. menggagau la nak cari jalan nanti. Nak hadap jam tumpah lagi. Ayah aku kata better pergi sebab jawatan tu tetap and setaraf dengan kelayakan tak seberapa yang aku ada sekarang. Ujian ramadhon namanya ni. Ya Allah… tabahkanlah hatiku!

Masin kan mulut aku dalam entry sebelum ni, memang episod #KKRBKA akan membuat kemunculan pertama dan terakhir pada entry tu je. Takkan muncul dah. Gilo ke nak masak memasak dengan keadaan sekarang yang huru hara ni.

Sematkan di dalam hati, Allah hanya menguji hambaNya setakat kemampuannya saja. Maksudnya, Allah tahu yang aku mampu menghadapi semua ni. Alhamdulillah…..

Posted in Uncategorized | 3 Comments

#KKRBKA – Roti Jala Bantai Sesuka Hati

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

#KKRBKA – Ketuk-ketuk Ramadhan Bersama Khairmini :)

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan ramadhan kali ni. Ucapkanlah syukur kerana masih diberi peluang untuk kita merasai nikmat ramadhan untuk kesekian kalinya. Ramadhan bulan rahmat, jadi bersama-samalah kita mengimarahkannya.

Cukup tazkirah ‘pendek’ sebentar tadi. Aku ni ‘jahil’ sebenarnya, jadi aku taip benda yang aku tahu sajalah pasal ramadhan ni. Kalau nak tazkirah lagi, dipersilakan menuju ke laman sesawang yang diiktiraf dan kita pasti bahawa penulisnya menulis perkara yang benar dan bukan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Tu dia siap buat hashtag baru lagi walhal sebenarnya aku ni twitter pun takdok.  Aku nak jugak merasa ‘urban’ macam rakan sebaya dan tak berapa nak sebaya yang lain. Hahahahah… pasrah jelah. Hashtag #KKRBKA ni diwujudkan untuk berkongsi resipi yang dirasakan menarik dan mudah dibuat sepanjang bulan ramadhan ni. Jangan berharap pulak hashtag ni akan muncul setiap hari di blog ni. Aku ni bukan ‘istiqamah’ sangat, silap-silap ni la kali pertama dan terakhir hashtag #KKRBKA buat kemunculan di blog ni 😀

Roti jala. Hmm.. ramai yang suka makan roti jala tapi tak tahu nak buat kan? Nak buat roti jala ni taklah susah mana, bahan-bahan dia pun sangat mudah untuk dicari di Malaysia ni. Kos bahan pun murah. Takdenya bahan-bahan pelik dan mahal macam cream cheese la, whipping cream la, buttermilk la, mascarpone la, vanilla pod la, fetta la, glycerin la, gelatin la (sekadar memberi contoh). Seperti yang diketahui ramai, selalunya masakan melayu ni simple, mudah dan ringkas. Ye ke? Mungkin ada yang tak setuju dengan aku tapi lantak la kamu orang. Ni blog aku and pada masa yang sama ni negara demokrasi jadi suka hati aku lah nak taip pendapat aku sendiri kan. 😀


20150618_161849

Yang buat susah roti jala ni adalah cara nak menjala tu. Susah tau. Aku first time buat dulu memang hodoh (macam aku) sungguh rupa paras roti jala tu, dah macam lempeng penuh dengan kawah dan kedut macam bentuk permukaan bulan. Kalau tengok kat paso ramadhan tu, senang giler la akak ni menjala. Main pusing je sesuka hati dia lepas tu roti jala dia mengirai elok persis seperti jala. Jual dahlah mahal pulak tu, kalau kat tempat aku ni, 5 keping nipis tu dia jual sampai dua ringgit tau! Pitam la nak membayar sebab rasa alahai sikitnya lima keping tu. Masa tu aku fikir mungkin dia ‘jual’ kemahiran dia kot. Yelah, sebab bila dah try sendiri ok aku admit memang susah nak jadikan roti jala ni sempurna macam jala, macam aku cakap tadi salah teknik memang roti jala jadi macam lempeng berkedut!

20150618_161619

Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku temui juga rahsia nak menghasilkan roti jala yang ‘cantik’ macam kat paso ramadhan tu. Rupanya kena beli ‘mould’ yang sesuai. Mould roti jala yang biasa digunakan yakni yang macam corong warna kuning ada lubang kat bawah dia tu tak berapa sesuai untuk orang yang bertangan keras kejung dan tak kreatif macam aku.

Dalam dua tiga bulan lepas aku pi Mydin, terjumpa dengan mould roti jala yang sangat inovatif dan memudahkan untuk membuat roti jala. Mould dia macam bentuk botol sos yang para peniaga burger tepi jalan selalu guna tu, tapi versi lebih besar dan ada banyak muncung di atasnya. Harga pun tak mahal mana, satu tu dua hengget je. Eh, ironi kan, sama harga dengan roti jala yang dijual di paso ramadhan tu. :)

BPA Free katanya. Menangis la Avent dengan Tomee Tipee bila tengok ni. :)

BPA Free katanya. Menangis la Avent dengan Tomee Tipee bila tengok ni. :)

Untuk batter pulak, ni resipi versi suka hati aku. Main hentam je ni. Sebenarnya resipi kat bawah ni diolah daripada resipi kulit kuih ketayap mak aku.

Bahan-Bahan

20150618_162244

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastard (optional)
  • 2 sudu besar susu tepung (optional)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin/mentega yang dicairkan
  • 1 cawan santan/susu (optional)
  • 1 1/3 cawan air
  • Setitik pewarna kuning telur atau pandan paste

* Tepung kastard tu saja je aku letak pasal nak kasi warna kuning dia lebih ‘natural’. Kalau takde gantikan je dengan setitik pewarna kuning telur atau 1/4 sudu kecil serbuk kunyit. Kalau nak buat kaler hijau pun takde masalah, gantikan saja dengan 1 sudu kecil pandan paste. Bab-bab colour ni suka hati kamu orang la nak taruk apa. Nak buat colour merah boleh, biru boleh, oren boleh, pelangi boleh, pink boleh. Hidup biar kreatif :) 

* Susu tepung tu pun saja aku taruk. Kalau dah bubuh santan tak perlu susu tepung pun sebenarnya. Tujuan taruk susu tepung tu nak bagi roti jala ni rasa lebih lemak berkrim dan sedap dimakan. 

* Kalau takde santan, gantikan saja 1 cawan santan tu dengan 1 cawan air. 

* Kalau takde marjerin atau butter, gantikan saja dengan 2 sudu besar minyak masak yang biasa kita guna di rumah tu. 

Cara Membuatnya 

20150618_161733

  • Campakkan semua bahan-bahan di atas ke dalam sebuah pengisar (blender) dan kisarlah ia hingga adunan nampak smooth dan tiada lagi ketulan tepung yang tinggal.
  • Nak guna cara manual pun boleh, macam biasa campakkan saja semua bahan ke dalam mangkuk pengadun dan adunkanlah ia (disarankan guna whisk) hingga adunan tidak berketul dan nampak licin.
  • Tapis adunan ke dalam mangkuk yang lain untuk memastikan tiada ketulan-ketulan tepung yang tinggal untuk memudahkan kita ‘menjala’ roti jala ke dalam kuali nanti.
  • Biarkan adunan seketika dalam 5-10 minit supaya semua bahan ber ‘ice-breaking’ dan mencari ‘chemistry’ antara satu sama lain. :)
  • Transferkan adunan ke dalam mould (acuan) roti jala pilihan masing-masing.
  • Panaskan kuali yang akan digunakan untuk membuat roti jala nanti. Api tu pastikan kecik je sebab roti jala ni nipis, kalau api besar, nescaya akan rentung macam arang nanti :(
  • Aku pakai non stick pan je. Mudah dan senang sebab takde aku stress dan trauma adunan melekat sana, melekat sini. Oh ya, sapu sikit minyak ke dalam pan tersebut ok.
  • Cara nak menjala, ikut kreativiti masing-masing jelah. Untuk first timer, memang susah sikit, ala macam buat math jugak, practice make perfect kan (tak taulah apa kaitan math dengan cara menjala roti jala ni)
  • Bila adunan dah masak (dalam 2-4 minit camtu), bolehlah dilipat atau digulung roti jala ni. Hidangkan bersama kuah kari daging/ikan/ayam atau kalau nak versi manis dan sekarang ni kebetulan musim durian kan, bolehlah dihidangkan bersama serawa durian. Kalau nak makan begitu saja (pinjam tagline roti gardenia) pun boleh, takde masalah.
  • Resipi yang aku bagi ni menghasilkan lebih kurang 26 keping roti jala. Kapasiti tu bergantung kepada banyak faktor yang salah satunya adalah cara kita menjala tu.

20150618_162256

 

20150618_162348

 Selamat Mencuba, Selamat ‘Menjala’ dan Selamat Berpuasa 😀

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Langkawi 2015 – #2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku sebenarnya tak berapa nak ada mood sekarang utk update blog terutama sekali entry Langkawi. Tak taulah kenapa, semenjak dua menjak ni asyik moody, berkurung dalam rumah je dan rasa tak hingin jumpa sesiapa pun. Habis, mak bapak dgn adik kau mcm mana? Tu bukan orang ke? – kata mereka di luar sana…

My self esteem memang dah di tahap sangat kritikal sekarang. Boleh dikatakan dalam 100% tu, tinggal 10% je kot. Lantaklah, asalkan masih ada self esteem. Teringin jugak nak pi jumpa pakar sakit jiwa (bukan org ‘mereng’ je jumpa pakar sakit jiwa, orang yang ‘waras’ pun boleh) tapi ahhhh malas la aku. Nak kena buat appointment sana, appointment sini. Referral sana, referral sini! Sudahnya aku jadi mcm bola, kena tendang sana, tendang sini, at the end aku yang ‘gol’!

Faham-faham la kan sistem hospital gomen ni. Bila da sakit kritikal baru depa layan. Kalau kau sakit biasa-biasa je memang segalanya lemau mcm biskut aku buat. Confirm berbulan-bulan punya baru aku dapat jumpa kan. Aihh.. tak kuasa la kalau mcm tu! Nak pi private, pulus pun yillek! Mana aku nak cekau duit untuk membayor pakar private yang beriban-riban tu! Sudahnya, pendam sendiri, sendiri sakit sudah! Kalau aku jumpa pakar sakit jiwa sekali pun, dia faham ke masalah aku ni? Dia setakat bagi motibasi je lepas tu suruh aku tabah, redha dan pasrah menerima takdir. Lepas tu kena bayar 5 ringgit. Senang je kan dia cakap. Dia dah ada semuanya bolehlah cakap mcm tu.

Eh apa aku merepek ni!?? :)

Ok,  continuation dari entry Langkawi, aku bubuh gambar jelah banyak-banyak. Lepas tu buat caption merepek yg kekadang takde kaitan pun dengan gambar. Layannnn……

20150330_192859

De Baron Resort kat Pekan Kuah. Hotel yang aku sewa selama percutian singkat aku ke Langkawi beberapa bulan lepas. Ditempah melalui Agoda dan dapat rate yang extra special yg aku rasa tak perlulah dicanang-canang berapa rate yg aku dapat tu.

Komen aku pasal hotel ni? Pada aku yang mudah puas hati ni, hotel ni sangat memenuhi kehendak dan budget aku. Masa book kat Agoda, katanya ada sekali dengan breakfast.

Tapi breakfast dia takdelah variety sangat. Cukup la untuk memenuhi selera anak gajah aku ni (tengok badan la). Ada waffle yang disirami (kena siram sendiri) dengan maple syrup tiruan, ada lontong dan kuah lodeh, ada mee, bihun dan nasi goreng, ada teh tarik, kopi dan teh o, fresh orange, salad ala omputih dan yang paling aku suka sekali dia punya ‘kentang bayi yang ditumis bersama kepingan cili serta buah zaitun’ (in english: Sauteed baby potato with olive and chilli flakes, main tibai je nama resipi ni)

20150331_135759

Citer pasal makanan tapi gambar yang ditayang adalah kerusi dan meja kopi dalam bilik. Gasak!

Giler kentang punya sedap wa cakap lu! First time tu aku makan makanan omputih mcm tu. Hahahaha… Kalau makan dengan waffle berkali-kali lebih sedap sampai tiga kali aku yang muka tak siap ni tanpa segan silu (masa ni self esteem ada dalam 60% :) ) pi mengulang ke kaunter buffet amik benda alah tu.

Gambar makanan mana? Ohhh… aku belum sakit mental lagi untuk tangkap gambar makanan di hotel 😀

Keadaan bilik semuanya ok. Bilik air memang sangat cantik walaupun sedikit kecil tapi takdelah transparent sampai kena cover dengan surat khabar segala mcm hotel aku duduk masa convo kat Shah Alam hari tu. Siap ada mini fridge lagi dan safety box yang password dia customizable. Katil pun empuk, lightning pun sedap mata memandang dan yang penting bilik menghadap laut. Tempat nak solat pun luas, senang nak bentang sejadah takdelah sempit sangat. Cuma aku tak nampak pulak penanda arah kiblat. Mujur la phone Samsung Galaxy S4 set marhaen ‘AP’ aku tu dah siap-siap install apps ‘Waktu Solat’ untuk aku tengok arah kiblat yang betul kat bilik hotel tu.

20150330_140105

Pandangan dari tingkap bilik

Wifi? Signal strength agak kuat, kalau ikutkan phone Samsung Galaxy S4 set marhaen ‘AP’ aku tu, dlm bilik dapat dalam 2-3 bar. Nama wifi dia kalau tak salah aku baron_wifi kot. Speed? Ohh.. Setakat nak browsing cari info pasal tempat menarik untuk shopping dan melawat kat Langkawi sambil lepak atas katil, usha instagram dan facebook pastu sentap dan jatuh self esteem bila tengok life member kau 300 kali lebih awesome dari kau – dia dah melangkau lautan sedangkan kau pi Langkawi je pastu pergi atas tiket tambang murah pulak tu, berkicau-kicauan kat twitter cakap sensorang woi aku dah sampai langkawi macam orang sewel sebab takde sapa pun nak RT dan FAV tweet kau dan main Whatsapp dengan group merepek meraban mmg lepas la. Jangan kau bukak youtube, memang slow loading je memanjang unless kau set video dia ke 240p baru mencanak dia jalan bar putih tu.

20150331_135651

Pilihan channel tv kureng sikit lah. Banyak channel asterok yang takde. Aircond dia terlampau sejuk aku rasa. Imagine la, bilik yang berkeluasan kangkang bayi berusia 1 bulan tapi dipasang dengan aircond 2.0 kuasa kuda! Tak ke melebihi kapasiti tu? Set suhu maximum pun (28 darjah kalau tak silap) tetap sejuk menggigil macam dalam peti ais sampai kurang la lena sikit tido aku malam tu. Lagi satu, compressor aircond tu dia letak betul2 kat luar tingkap bilik. Ya Tuhannn… compressor berkapasiti besar ni faham-faham sendirilah macam mana bising dia tu. Tabah dan pasrah jelah aku tadah telinga dengar compressor tu ‘menyanyi’ kat tepi tingkap memalam. Lagi satu, koridor yang nak menuju ke bilik tu pencahayaan agak kurang atau dlm istilah mudahnya, GELAP GELITA dan berbau busuk dengan asap rokok. Entahlah kenapa, mujurlah dalam bilik tak macam tu.

Gelap gelita

Gelap gelita

Layanan staff? Semuanya okay. Takde masam muka, takde kerek, senyuman sangat manis, soft spoken, boleh tahan CUN walaupun sedikit chubby :p dan layanan yg diterima sangatlah baik walaupun masa check in tu wajah aku memang langsung tak siap dengan rambut serabai segala. Pelik kan, perjalanan ke Langkawi naik flight, boleh dikatakan tak stress pun sebab flight 20 minit saja lainlah kalau naik feri nak hadap mabuk laut bagai sampai sejam lebih. Tapi wajah tetap serabai dan tak siap. Lantaklah.

20150331_135734

Lupa nak kecek, hotel ni ada dua blok. Satu blok ‘premium’, satu lagi blok ‘marhaen’. Aku ni Alhamdulillah la dapat blok ‘premium’. Tu pun sebab Agoda bagi special price untuk blok  ‘premium’ tu. Kalau takde special price, memang dihantar ke blok ‘marhaen’ jugak la aku. That’s why dapat bilik yang menghadap laut dan yang paling best, kat luar dia siap ada swimming pool tau. Tapi tak kuasalah aku nak berendam dalam swimming pool tu. Kalau lemas nanti aku jugak yang malu. nanti keluar Metro, anak gajah lemas di Langkawi :) Habis di ‘viral’ kan satu malaysia pulak nanti kan. Faham-faham jelah di zaman media soSIAL sekarang ni.

20150330_192551

Swimming pool la sangat

20150330_192640

20150331_082720

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ku Lihat Kuning

Setelah selesai urusan membeli dan membelah di langkawi hari tu….

Kembalilah ke kereta yang disewa kan….

Tetiba terperasan sebuah perodua kancil berwarna kuning ni yang di parking betul-betul depan kereta sewa aku tu…

Mula-mula rasa mcm biasa jelah, yelah what do you expect since ia hanyalah sebuah kereta kancil berwarna kuning…

Tetapi bila perhati lama-lama, tetiba rasa hmmmmmmm… hmmmmmmm… hmmmmm… kamu orang lihat dan nilaikanlah sendiri….

 

20150331_090925

 

 

Elok sangatlah tu.. sudahlah kereta kuning, siap ada itik kuning lagi tergantung.. hmmm ku lihat kuning…. dan paling tak boleh blah siap ada perkataan itu lagi. Nanti satu masa siap ada sound system tergantung atas bumbung dan dihiasi lampu kelip2 persis pokok krismas pulak kot.

Apa lagi, terus ketawa terbahak-bahak gelak dlm kereta… 😀 😀 😀

Mujur la dia tak taruk sticker EU kat plat kereta tu. Kalau tak lagi aku bantai gelak selama 30 minit. Sekarang mmg banyak kereta yg aku nampak taruk sticker EU tu. Kekadang terfikir jugak, dia ni duduk Europe ke? Sedar la diri.. kita ni ASEAN.. Bukan EU… :)

Bila dah gelak sorang-sorang tu, terpaksalah Cover baek punya dengan melihat screen wassap walaupun masa tu takde satu pun message wassap masuk, yelah nanti org cakap mamat ni mereng kah gelak sorang2 dlm kereta… Sudahlah muka tak siap, pastu mereng lagi…

Sekian, entry pendek dan merepek untuk hari ini…

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Baju Sorok Perut Boroi

Straightforward. Takde konar baring mana-mana. Murah pulak tu. :)

bori

 

Kepada sesiapa yg berkenaan, bolehlah membelinya ya. Aku pun sesuai jugak kot beli baju sorok perut boroi ni sebab aku memang boroi seboroi-boroinya. Bolehlah pakai sambil menyanyi boroiiiiiiiiiii…… boroi seboroi boroinyaaaaaaaaaaaaaa…. Akan ku beli baju ini….. hahahaha hadap jelah entry takde motif mengarut aku ni. 😀

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Uncategorized | Leave a comment